(Gosip) Wa Mao Kasi Setel Lei – Jebat

Wa tak mao simpan sampai wa mati lei, wa mao kasi habis ini crita lu tunggu liao! Perghh, bayangkan kalau macam tu Sharnaaz Ahmad cakap, maunye sembunyi kepala korang dalam baju, ye tak? Hehe.. Tapi tu bukan Sharnaaz sebaliknya Jebat. Dan nie bukan drama, tapi realiti.

Ramai sedia maklum dan mungkin ramai jugak yang dah lupa persengketaan antara aktor tough nie dengan aktres Lisdawati, namun sebenarnya kisah mereka masih lagi tergantung dan ikut kata Sharnaaz, dia akan selesaikan jugak kisahnya & Lisdawati tapi hanya selepas Lisdawati selamat melahirkan anaknya nanti.

“Pertelingkahan saya dengan dia (Lisdawati) itu biarlah berlalu… Tapi saya rasa ia memang patut diselesaikan sebab saya tak mahu nanti kalau saya mati, mata tak tutup rapat.

Saya tunggu Lisdawati beranak dulu, baru bincang. Sebenarnya saya malas lah nak cakap tentang perkara ini. Saya tak suka bercakap pasal orang yang tiada kena mengena dalam hidup saya,”

Tapi bagi Lisdawati, tak perlu la nak tunggu sampai dia bersalin. Kata Lisdawati:

“Saya tidak mahu panjangkan hal ini jika dia tidak buka mulut lagi, tetapi kalau dia kata ingin berdamai tidak perlulah nak tunggu sampai saya bersalin. Banyak cara kalau ingin berjumpa atau telefon sahaja kalau benar-benar ikhlas untuk bersemuka dan berdamai,”

Hmm.. MiG Online tak tau nak cakap apa, terpulang pada individu untuk menilai yang mana patut atau tak, kan?

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s