(Gosip) Bawa Suami Pun Jadi Isu?

MiG Online kadang-kadang (pura-pura) tak faham kenapa segelintir masyarakat macam nak menghentam apa saja yang diperlakukan orang lain. Hehe. Terbaru pelakon & pengacara Diana Amir pun turut terkena tempias mulut-mulut ‘manis’ segelintir masyarakat nie.

Apa isunya?

Baru-baru ini ada yang mendakwa Diana sering membawa suaminya ke lokasi penggambaran dan ke majlis-majlis tertentu. Tambahan pula, sebulan yang lepas suami Diana, Mohd Habib Bullah turut menemaninya hingga ke Indonesia untuk menjalani penggambaran rancangan dokumentari terbitan Al-Hijrah.

Bagi MiG Online, tak ada isu negatif yang patut dikisahkan kerana di mana lagi letaknya syurga seorang isteri kalau bukan bersama suami, ye tak?

“Baguslah saya bawa suami, nak bawa siapa lagi? Kenapa benda yang halal orang nak pertikaikan? Benda tu lagi bagus. Kira mengelakkan fitnah. Kalau pergi sorang-sorang lagi bahaya sebab saya perempuan. Jadi saya bawalah suami, memang orang yang sepatutnya melindungi kita. Saya rasa tak ada masalah.

Kalau saya pergi shooting biasanya dia tak ikut. Yang mana dia ikut ialah kerja-kerja macam forum. Sebab forum biasanya saya pergi jauh dan balik malam. Kalau pergi shooting, saya nak dia ikut tapi dia yang tak nak,”

MiG Online sebaliknya memuji sikap Diana Amir yang tak membelakangkan suaminya walau dalam apa jua yang dilakukannya. Tu la ciri-ciri isteri solehah, kan?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s