(Gosip) Dedah Tiket Penerbangan Bersama, Hanez Suraya Berang?

MiG Online tau ramai adik-adik, abang-abang & kakak-kakak kat luar sana yang berazam nak jadi retis sekarang nie, tapi kisah-kisah yang dipaparkan kat media nie mungkin boleh pengajaran dan pendedahan kat korang semua supaya lebih bersedia.

Apa maksud MiG Online?

Terbaru mengenai kontroversi aktres jelita, Hanez Suraya yang kini menjalinkan hubungan dengan sorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Mr R atau Romie Razin terpalit kontroversi baru bila tiket penerbangan mereka berdua didedahkan oleh individu yang tak bertanggungjawab dan mendapat perhatian para media.

Ikut khabar angin, gambar tiket tu didedahkan dengan tujuan untuk menunjukkan berapa seriusnya hubungan di antara Hanez Suraya & Mr R.

Semestinya sebagai seorang individu, Hanez Suraya sepatutnya rasa berang dengan pendedahan yang memberi impak kepada privasinya. Kata Hanez Suraya:

“Ya saya tahu (tentang pendedahan tiket). Memang ramai wartawan cuba menghubungi saya untuk mendapatkan penjelasan. Tetapi saya ambil langkah berdiam diri. Hak privasi saya telah diganggu kerana penyebaran gambar tiket penerbangan itu. Mereka yang menyebarkannya patut faham akan privasi saya. Dan jangan cuba membuat cerita tanpa usul periksa.

Cuba beritahu saya siapa yang tak geram jika diperlakukan begitu? Ini soal hak privasi. Mereka sudah menganggu privasi saya dan membuat cerita yang boleh mendatangkan fitnah. Mereka cerita tentang keburukan saya padahal mereka sendiri tidak sedar yang mereka sedang menabur fitnah. Semestinya saya bengang dan tidak puas hati.

Ya sudah tentu (tidak mempunyai privasi). Saya rasa selepas ini pergerakan saya sudah terbatas. Malah saya percaya ini boleh mendatangkan bahaya kepada diri saya pada masa akan datang,”

Apapun Hanez Suraya masih lagi tak mendedahkan apa tindakan yang bakal diambil olehnya kepada mereka yang bertanggungjawab mendedahkan gambar tu kepada umum. So kepada korang luar sana, tak kisah artis atau rakyat jelata yang biasa, sentiasa la hati-hati, ok? Jangan la dedahkan perkara-perkara peribadi yang korang taknak masyarakat tahu kepada sesiapa pun.

Sumber: Pancaindera

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s