(Gosip) Hefny Sahad Bukan Punca Kami Berpisah – Nad Zainal

Sebelum nie agak kecoh dekat media bila Nad Zainal membuat kenyataan yang hubungannya bersama dengan Azwan Kombos dahpun berakhir. Kenyataan tu ternyata sangat drastik sehinggakan bukan je peminat terkejut, tapi Azwan Kombos jugak turut terkejut dan mengatakan yang dia sendiripun tak tahu menahu yang hubungan mereka dah putus. Fuyoo.

Tidak sama sekali. Macam tu la lebih kurang apa yang diperkatakan oleh Nad Zainal kepada media selepas gosip mengatakan hubungannya dengan kekasihnya, Azwan Kombos putus disebabkan orang ketiga.

“Apa yang berlaku antara kami tiada kena mengena dengan pihak ketiga mahupun Hefny. Tidak elok rasanya apabila berlaku masalah di antara kami, ia dikaitkan dengan orang lain. Saya ada sebab peribadi dan biarlah perkara itu saya simpan sendiri”

Mengulas lebih lanjut pasal gosip nie, individu yang dikaitkan dengan perpisahan Nad Zainal & Azwan Kombos, Hefny Sahad yang membintangi drama Mengintai Syurga Mama turut terkejut dengan spekulasi yang timbul. Untuk info, selain berlakon, Hefny nie jugak merupakan wartawan penyiaran di Astro.

“Setahu saya, mereka putus sebelum kami digandingkan bersama dalam telefilem itu. Terkejut pula apabila ada orang nak kaitkan saya sebagai punca masalah cinta mereka,”

Hmm.. 3 kenyataan yang agak berbeza. Ada kata dah putus, ada kata belum putus, ada kata dah lama putus, agak-agak apa yang terjadi? #prayforthetruth

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s