(Gosip) “Dah Berakhir” – Intan Ladyana

image

Walau teguh batu di laut, lambat-laun dikikis jua, selama mana bunga mawar nan mekar, lama disimpan hilang baunya. Boleh jugak diibaratkan hubungan di antara selebriti terkenal, Intan Ladyana & Kamal Adli, yang rata-rata dah maklum merupakan antara pasangan selebriti yang cukup serasi.

Terkejut jugak bila MiG Online dengar kisah nie dari Intan Ladyana sendiri, yang mengatakan dia sudahpun berpisah dengan Kamal Adli sekitar bulan Ramadan lalu. Intan yang ditemui di majlis Pelancara Anugerah Lawak Warna, yang mana filem lakonan Intan, Adnan Sempit 3 tercalon dalam 6 kategori.

“Sebab kenapa saya putus dengan Kamal, maaf saya tak dapat nak kongsikan. Biarlah menjadi rahsia kami. Kami dah tak berhubung dan buat masa sekarang saya berharap dapat mengelak dari digandingkan bersama dalam mana-mana aktiviti atau pekerjaan,”

Selepas beberapa tahun berkenalan, semestinya kedua-duanya berkenal rapat dengan famili masing-masing, kan? So semestinya ada perasaan famili yang Intan boleh kongsikan pasal keputusan Intan & Kamal nie.

“Famili saya memang kecewa dengan keputusan ini, tapi mereka menghormati dan memahami atas sebab apa keputusan itu dibuat. Saya juga tak ada masalah sekiranya bekas teman lelaki ingin berkawan dengan saya,”

Mungkin berita sedih yang dialami Intan Ladyana sedikit sebanyak memberi harapan baru buat para jejaka kat luar sana, namun Intan Ladyana menegaskan yang dia belum bersedia untuk mencari cinta hati yang lain dalam masa terdekat ini.

Korang masih boleh tonton Intan Ladyana di Adnan Sempit Sawadikap eksklusif di Astro First kini.

Quote Intan Ladyana sebulan lalu (bulan Ramadan) menimbulkan tanda tanya masa tu. Mungkin ada kaitan dengan hubungan Intan & Kamal?

Quote Intan Ladyana sebulan lalu (bulan Ramadan) menimbulkan tanda tanya masa tu. Mungkin ada kaitan dengan hubungan Intan & Kamal?

Apapun MiG Online berharap dan berdoa yang terbaik untuk Intan Ladyana & Kamal Adli serta MiG Online yakin para peminat pun mengharapkan perkara yang sama. Kalau ada jodoh mungkin mereka bersatu semula, Insyaallah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s