Kenapa Saya Sering Dianiaya? – Mejar (K) David Teo

 

Bagai ombak menghempas pantai, tak cukup sekali, ditambah lagi. Chewah, MiG Online nak cuba bersajak sikit. Tapi boleh jugak dikaitkan dengan isu yang dibawa oleh bekas artis residen MiG, Aeril Zafrel terhadap bekas majikannya iaitu Mejar (K) David Teo. Pelakon utama filem islamik terbitan MiG iaitu 7 Petala Cinta ini telah memuatnaik gambar Instagram dengan ayatnya:

“dengan rasa rendah hati, saya memohon jasa baik wakil MIG atau David Teo memulangkan dokumen-dokumen penting dan pakaian saya dan Wawa Zainal yang berada dalam kereta yang ‘DIAMBIL'(?) itu. Terima Kasih.”

Sehubungan dengan itu, MiG Online mendapatkan kenyataan eksklusif penerbit filem yang dimaksudkan tersebut iaitu Mejar (K) David Teo berhubung isu ini.

“Saya rasa hairan & sedih kenapa saya sering menjadi mangsa keadaan apabila timbul isu-isu seperti ini. Bermula dengan isu menyembunyikan hal perkahwinan dan nikah 2 kali yang menurut mereka disebabkan takut kepada saya, sedangkan itu tak sepatutnya berlaku kerana mereka patut takut kepada TUHAN, bukan saya. Malah, saya bersama beberapa staf MiG pernah bertanya kepada Wawa Zainal sendiri beberapa kali mengenai hubungannya bersama Aeril Zafrel kerana ianya tidak perlu disembunyikan, supaya pihak syarikat boleh mengatur perjalanan kerjaya Wawa mengikut kesesuaian namun segala hubungan dengan Aeril Zafrel dinafikan sendiri oleh Wawa Zainal di hadapan kami,”

Kini, timbul isu terbaru apabila Aeril Zafrel mendakwa ‘kereta Wawa Zainal’ dicuri oleh pihak syarikat & Aeril Zafrel turut menuntut semula barangan serta dokumen milik Aeril & Wawa yang berada di dalam kereta tersebut.

Pelik jugak apabila Aeril Zafrel menuntut barangan tersebut & bukannya Wawa Zainal kerana kereta tersebut dipinjam sewa oleh Wawa Zainal dari syarikat & bukannya Aeril Zafrel. Lagipun setahu MiG Online, Aeril Zafrel & Wawa Zainal masih belum berkahwin pada waktu tersebut & ketika kereta tersebut dijumpai oleh pegawai, di dalamnya terdapat pakaian dalam dipercayai milik Aeril Zafrel & Wawa Zainal.

“Pihak syarikat sendiri pernah menghantar surat rasmi (pada 12 Februari 2014) menjemput Wawa Zainal datang ke pejabat untuk menyelesaikan urusan kerja, projek terbaru & kereta tersebut, sekiranya Wawa Zainal benar ingin membeli kereta tersebut dari pihak syarikat, namun surat tersebut telahpun dibalas oleh Wawa Zainal (pada 18 Februari 2014) dengan setegas & sekerasnya mendakwa Wawa Zainal kini keluar dari pengurusan MiG untuk bergerak sendiri & Wawa Zainal tiada kena mengena, tidak perlu dicari & dihubungi lagi oleh pihak pengurusan walaupun Wawa Zainal masih ada kontrak dengan MiG sehingga 2015,”

Geran bukti kereta yang didakwa Aeril Zafrel ‘dicuri’ sebenarnya adalah milik syarikat.

“Pelbagai dakwaan dan tuduhan yang dilemparkan kepada pihak syarikat oleh pihak Aeril Zafrel, namun sebagai bapa angkat yang pernah memimpin, membimbing dan membantu pasangan tersebut (Aeril Zafrel & Wawa Zainal), saya masih bertolak-ansur walaupun pihak syarikat boleh mengambil tindakan undang-undang kepada mereka berdua atas fitnah & dakwaan yang dilemparkan kepada pihak syarikat & saya melalui media sosial seperti Instagram. Kesabaran setiap individu ada hadnya, jadi saya menasihatkan terutama Aeril Zafrel supaya menghentikan segala fitnah & dakwaan tak berasas kepada pihak syarikat & saya,”

Air dicincang tidakkan putus bak kata pepatah,macam tu jugak pesanan yang dibuat oleh Mejar (K) David Teo untuk anak-anak angkatnya Aeril Zafrel & Wawa Zainal;

“Sekiranya mereka menghadapi masalah, kesempitan hidup, saya sedia membantu mereka apa yang termampu. Datang saja ke pejabat, kita berbincang secara jujur, ikhlas & betul, tidak perlu mengeruhkan lagi keadaan sedangkan saya sentiasa menganggap mereka tak ubah seperti anak saya sendiri & saya mendoakan mereka berdua berjaya & bahagia hingga ke Jannah,”

Dalam perkembangan terkini, MV ‘Kacang’ nyanyian Mejar (K) David Teo dahpun mencecah 130,000 penonton & terima kasih kepada para media cetak, elektronik, blogger serta para peminat yang terus menyokong filem dan produk keluaran MiG.

4 thoughts on “Kenapa Saya Sering Dianiaya? – Mejar (K) David Teo

  1. Saya harap MIG berada dalam sukses dan gemilang terbilang di masa akan datang.good luck mejar ( k) david teo.

    1. Sabarlah..diatas ape yang berlaku dan terjadi..semuanya ada daripada Allah, setiap yg berlaku ade hikmah disebaliknya. Srmua gerak laku perjalanan hidup Allah dah tetapkan, kite hanya menunggu dan meneruskan untuk hidup. Cekalkan hati. Kuatkan semangat. Pasti berjaya. Saya doakan agar segala urusan berjalan Lancar…ya Allah permudahkanlah segala urusan kami serta Sahabat kami ini ya Allah..aaminnnyarobbaalamin…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s