(Tahniahh!!) Sekitar Majlis Pernikahan DYMM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Alhamdulillah, kalau dah jodoh tak ke mana, tahniah diucapkan kepada DYMM Tunku Mahkota Johor, (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang selamat diijab kabul dengan Che Khaleeda Bustamam, 21, di Istana Bukit Serene dalam satu majlis tertutup di sini sebentar tadi (Jumaat)

Upacara akad nikah telah disempurnakan oleh Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin. Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan permaisuri Raja Zarith Sofiah bersama-sama anakanda baginda turut hadir.

Selepas majlis itu, Sultan Ibrahim dan Raja Zarith dilihat meninggalkan kawasan istana sekitar pukul 11.45 pagi.

Lebih kurang 15 minit kemudian, Tunku Ismail, 30, dan Che Puan Khaleeda meninggalkan istana.

Mereka melambaikan tangan kepada wartawan yang menunggu di luar pintu gerbang istana.

Sebelum itu, pengantin lelaki tiba di pintu gerbang istana pada pukul 10 pagi menaiki kereta Rolls-Royce Phantom bersama polis pengiring.

Pemimpin negeri termasuk anggota exco Johor dan tetamu jemputan tiba di Istana Bukit Serene sekitar pukul 8 pagi.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s