(Gambar) Shaheizy Sam Hilang Kasut?

Shaheizy Sam ataupun lebih dikenali dengan Sam dikatakan hilang kasut? Betul ke? Betul, tapi hanya dalam filem terbarunya sahaja. Hah kalau korang nak tau, semalam adalah Malam Pratonton Kasut Ku Kusut yang diadakan di Cathay Cineplax, e@Curve, Damansara. Dengan kedatangan artis meletop dan tentunya hero Malaya yang tak henti-henti dalam bidang lakonannya iaitu Shaheizy Sam.

Gandingan mantap Atikah Suhaime pun ada yang tentunya dikelilingi peminat-peminat yang hadir, sebab dia comel sangat! Tidak ketinggalan juga, para pelakon yang turut membintangi filem Kasut Ku Kusut seperti Pablo Amirul, Along Eyzendy, Epy Kodiang dan ramai lagi. Majlis juga turut dihadiri hero Bila Hati Berbicara, Hafreez Adam.

Selain itu juga, kami turut menjemput pemenang dari aplikasi Line yang menyertai peraduan di akaun rasmi line @Metrowealth bagi memeriahkan lagi Malam Pratonton Kasut Ku Kusut. Tak perlu tanya komen penonton pun dah bergegar panggung sepanjang pratonton semalam. Antara komen penonton selepas pratonton malam semalam semuanya bagaikan digeletek  sepanjang mereka berada didalam panggung kerana loghat Perak yang dimainkan oleh semua watak dalam filem itu.

Antara plot yang menarik dalam Kasut Ku Kusut ialah cerita ini mengenai seorang lelaki yang bernama Manap (Sam). Manap kehilangan kasut yang dia beli dengan hasil titik peluhnya. Nak dijadikan cerita si Manap ni pun pergi ke satu majlis kahwin bekas teman wanitanya. Tiba-tiba kasut yang disayangi bagai menatang minyak yang penuh tu pun hilang dengan sekelip mata. Siapa pula yang kebas ni kan? Cari punya cari si Manap terbabit pulak dalam kes penculikan Suzie (Atikah Suhaime) & ternampak penculik tersebut iaitu Marcos (Pablo Amirul) memakai kasutnya yang hilang tu. Berjaya ke Manap mendapatkan semula kasutnya? Kalau nak tau kena lah tonton filem terbaru terbitan yang ke-99  Metrowealth iaitu Kasut Ku Kusut di pawagam berhampiran korang pada 18 Disember ini. Tengok jangan tak tengok kalau nak pecah isi perut dengan lawak yang mereka tampilkan okay!! Bapokkkkk!!

Sebelum tu MiG Online nak share dulu dengan korang beberapa gambar menarik di sekitar Malam Pratonton Filem Kasut Ku Kusut.

Artis residen MiG dari Uzbekistan, Daler Yusuf

 

                                                                       Pelakon utama Kasut Ku Kusut

                                                              Along Eyzendy yang havoc dalam filem ni!!

 

MiG Talent juga turut hadir memberikan sokongan untuk filem ini

                                  Terima kasih MiG Talent (Ikmal Amry)

                                                 Fans Shaheizy Sam memeriahkan suasana.

                                                                           Epy Kodiang pun ada yeop!

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s