(Gosip) Izreen Azminda memang suka Berkemban ke?

Sebelum ini, Izreen Azminda pernah dikatakan berkemban di dalam filem Pecah arahan Asrulhisham Ahmad. Tetapi betul ke kali ini Izreen akan sekali lagi  berkemban?

Sebenarnya tidak. Izreen akan tampil berkemban kerana tuntutan watak yang diberikan di atas pentas teater ‘Takhta 3 Ratu’ iaitu sebagai watak Galuh Chenderai Kirana iaitu puteri dari kerajaan Majapahit yang perlu tampil dengan imej sebegitu.

”Saya sudah tahu watak tersebut memerlukan saya berkemban”.Malah Erma juga bertanya sama ada saya bersedia atau tidak untuk tampil sedemikian.  Apabila saya menerima tawaran membawakan watak Galuh, saya tahu ia akan jadi isu.  Tapi saya anggap ia normal apatah lagi setelah dipentaskan.

“Segala komen dan kritikan adalah di luar kawalan saya.  Lagi pula saya bukannya nak sangat berkemban, cuma sekadar menjayakan pementasan tersebut.  Saya buat berdasarkan logik cerita.  Seandainya penampilan Galuh itu dipersembahkan seperti Tun Teja, memang tidak kena.  Jadi saya harap isu ini tidak dipandang negatif,” jelas Izreen

Erma Fatima selaku pengarah supertele dan teater ‘Takhta 3 Ratu’ sudah bercakap berkenaan isu berkemban yang dipertikai sesetengah pihak.  Antara lain Erma mahu karya terbarunya itu tidak dipandang negatif hanya kerana wujudnya watak pelakon berkemban.

Selain Izreen, ‘Takhta 3 Ratu’ membariskan pelakon-pelakon hebat lain seperti Erra Fazira, Soo Wincci, Awie, Remy Ishak, Beto Kusyairy, Azree Iskandar, Datuk Rahim Razali, Tasha Shilla dan ramai lagi.

Jangan lupa untuk dapatkan tiket teater “Takhta 3 Ratu” yang sedang berlangsung di Istana Budaya 13-22 Disember 2014 ini

Teater ‘Takhta 3 Ratu’ di Istana Budaya akan berlangsung pada 13-22 Disember 2014.Tiket untuk menonton teater ini masih boleh dibeli di kaunter Istana Budaya atau melayari laman http://www.airasiaredpix.com dengan RM50 hingga RM350.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s