(Gosip) Musim Artis Bercerai?

Petang-petang macam ni MiG Online ada dengar berita tentang artis-artis Malaysia ni semuanya nak bercerai. Apa hal nya?

Entah secara kebetulan atau memang dijadualkan sebegitu, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini penuh dengan kes penceraian melibatkan selebriti tempatan seperti Awie & Rozana, Syura, Fadilah Mansor & Mat London dan juga Farah Asyikin.Juara Master Chef Selebriti Musim ke 2 iaitu Syura katanya telah menafikan tentang kes penceraiannya.

MiG ingin mengetahui tentang kes selebriti Syura dan dia menjelaskan ‘perkara (bakal bercerai) itu masih dalam perbincangan antara saya, suami dan keluarga. Setakat ini, belum ada apa-apa kata putus. Apa yang saya boleh cakap kami belum sampai ke tahap pergi mahkamah. Failkan kes itu tak berlaku langsung.Saya boleh sahkan saya masih mempunyai suami. Tak ada apa-apa berlaku lagi. Saya dan suami masih okey dan bersama. Cuma adat dalam berumah tangga takkan semuanya manis saja.Saya agak pelik dan terkejut macam mana cerita ini boleh terkeluar tapi sebagai artis, saya faham dan sedar orang nak tahu kisah kehidupan kita. Cuma saya tak nak ia terlalu disensasikan sebab orang luar hanya boleh menilai saja. Yang tahu cerita sebenar hanya kami sekeluarga,ujarnya.’

Lagi seorang pula yang terbabit dalam kes penceraian ialah seorang penyanyi iaitu Farah Asyikin Zulkifli telah dikhabarkan  memfailkan permohonan cerai di mahkamah  hari ini.

Farah dan suaminya pula dikatakan menangguhkan permohonan cerainya pada 21 JanuariFarah dan suami Zaahier Stanley tidak hadir. Zaahier tak dapat hadir kerana berada di Pulau Pinang manakala Farah diwakili peguam.

Farah berkahwin kali kedua dengan Zaahier pada 15 Februari tahun lalu. Diharapkan semoga mereka melalui dugaan yang diberi ini dengan hati yang redha. Kadang-kadang semua yang berlaku bukan kehendak mereka, kita sama-samalah mendoakan yang terbaik untuk semua.

One thought on “(Gosip) Musim Artis Bercerai?

  1. Salaam Puan Farah
    Saya rasa Puan sepatutnya lebih menghargai suami Puan.

    Suami Puan telah banyak berkorban dan hidup dalam kesusahan untuk bersama kamu.

    Kamu telah menyatakan di merata tempat berkenaan petunjuk yabg Allah beri untuk berkahwin dengan suami kamu malah kamu menyatakan pada khalayak ramai. Kamu juga memberi nasihat supaya bersabar dengan ujian dan rintangan. Kini kamu harus Sabar dan terima ujian yang Allah beri kepada kamu dan suami kamu.

    Penceraian seperti perkara biasa pada keluarga kamu dan kamu memilih tinggal bersama bapa kamu yang telah berkahwin 5 kali , dan adik perempuan kamu yang telah berkahwin 3 kali dalam masa 4 tahun.

    Yakin lah dgn istikharah ( Apa yang Allah tunjukkan untuk bersama suami ) dan bersabarlah dengan ujian Allah. jangan abaikan perkahwinan yang Allah telah tentukan pada saya di beritahu oleh ahli keluarga kamu bahawa bapa kamu telah meminta pihak berkuasa menahan beliau apabila suami kamu pulang ke Malaysia dari Cape Town pada bulan June iaitu beberapa bulan yang lalu. dan mengancam untuk menghantar suami kanu pulang secara paksa. Apakah alasan bapa kamu berbuat demikian? Kami ingin tahu apa yang telah terjadi dan inginkan penjelasan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s