(Tahniah) A Rahman Hassan dan Fadilah Mansor sah suami isteri hujung tahun ini

Dalam diam-diam penyanyi 60-an, A Rahman Hassan dan Fadilah Mansor bakal melangsungkan perkahwinan mereka hujung tahun ini. Jutaan tahniah dari pihak MiG Online kepada mereka berdua.

Fadilah Mansor mengulas sedikit tentang perancangan mereka untuk mendirikan masjid “Apa yang saya boleh kongsi kalau umur dah macam ini, kalau canang-canang sangat seganlah nanti orang kata over (keterlaluan) pula.“Jadi saya ikut saja perancangan abang (A Rahman). Dia tak nak bising-bising dulu sampailah kami betul-betul sedia untuk berkongsi nanti,” ujar Fadilah yang enggan mengulas lanjut mengenai majlis perkahwinan mereka kerana menghormati permintaan bakal suaminya.

Alhamdullillah kami semua mendoakan semoga jodoh mereka berpanjangan hingga akhir hayat nanti.

Fadilah merupakan seorang ibu tunggal sejak empat tahun lalu selepas bercerai dengan bekas suaminya, pengarah filem veteran, Ahmad Ibrahim atau Mat London sementara A Rahman pula kematian isteri, Datin Azizah Mohamad pada 26 April tahun lalu akibat penyakit kanser.

Apa-apa pun, semoga perancangan yang di atur berjalan dengan lancar hendakNya, kita yang merancang tetapi tuhan yang menentukan segalanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s