(Tahniah) Pelakon cilik Puteri Balqis dapat tawaran Antarabangsa Walt Disney

 

Wah, anak kecil semuda ini sudah mampu menunjukkan bakat yang ada sebagai seorang pelakon yang hebat. Balqis atau lebih mesra lagi dengan panggilan Aqish mendapat perhatian di atas kemenangannya baru-baru ini sebagai Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin dan sekaligus merangkul Asian Televison Award 2014 (ATA 2014) di Singapura, pada 11 Disember lepas. Fuhh! Rezeki Aqish melimpah ruah kerana kepetahan dan kebijaksaan yang dimiliki oleh pelakon cilik ini.

Dengar-dengar kata Aqish diintai oleh Robert Gilby, Pengarah Urusan Syarikat Walt Disney Asia Tenggara yang menyatakan hasratnya untuk menyunting si cilik ini meyertai saluran Walt Disney.

Encik Azizi Aziz,36, bapa kepada Puteri Balqis juga mengatakan selain saluran Disney, ada penerbit dari Amerika Syarikat dan Australia juga turut memberi tawaran kepada Balqis dan sedang menunggu  untuk perbincangan selanjutnya.

                                                   Comel sangat lah awak ni!

Walaupun Aqish mendapat pelbagai tawaran berlakon tetapi bapanya masih menitikberatkan pembelajaran dan tidak mahu ianya terganggu disebabkan lakonan.  Aqish yang baru berusia 7 tahun telah mengondol trofi Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin. Terbaiklah Aqish! MiG Online mengucapkan semoga berjaya  dan terus sukses dengan lakonan awak ye sayang!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s