(Gosip) Aktres Bawa Lari Buku Cek?

Ha! Siapa pulak yang bawa lari buku cek ni? Katanya seorang pelakon yang pernah menyertai ‘Sehati Berdansa’.

MiG selidik punya selidik, katanya bendari Persatuan Seniman Malaysia yang diberi tanggungjawab untuk menjaga buku cek tersebut.

Presidennya, Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 33, berkata, kehilangan buku cek tersebut menyukarkan Seniman untuk menjalankan aktiviti serta membuat sumbangan kebajikan.

“Saya melaporkan kehilangan buku cek persatuan yang dibawa keluar daripada pejabat oleh bendahari iaitu Vanidah Imran sejak memegang jawatan tersebut September lalu.

“Dia membawa pulang dan langsung tidak memberi kerjasama kepada persatuan ketika diminta untuk mengeluarkan duit bagi menjalankan operasi serta membayar gaji pekerja,” ujarnya kepada mStar Online, di sini, Jumaat.

Zed ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati di sini pada Jumaat berhubung kejadian itu. Antara yang hadir ialah Timbalan Presiden Seniman iaitu Zack (Kool) , Setiausaha Kehormat, Zahrin Ishak dan Penolong Setiausaha Rena Tan.

Menurut presiden seniman, Zed Zaidi, dia akan menyerahkan laporan polis tersebut kepada pihak bank bagi menggugurkan nama pelakon tersebut dan mengeluarkan buku cek baharu.

Semua ahli persatuan tidak menyangka Vanida sanggup berbuat demikian

Vanidah Imran dipilih sebagai Bendahari Seniman dalam pemilihan terbaharu.

Selepas terjadinya kes seperti ini, ahli persatuan seniman tidak teragak-agak untuk mengugurkan nama Vanidah sebagai salah seorang yang bendahari persatuan. Mereka juga akan mengusulkan perkara ini dalam mesyuarat untuk tidak lagi memilih Vanidah.

Zed berkata, tindakan tersebut dilakukan selepas beberapa kali memberi amaran kepada pelakon itu agar memberi kerjasama. Vanidah bukan sahaja tidak mahu menandatangani cek tersebut, malah meminta persatuan mengeluarkan surat kepadanya terlebih dahulu.

“Apa yang dia lakukan telah menjejaskan perjalanan persatuan ini. Malah persatuan terpaksa berhutang sebanyak RM22,000 bagi kos operasi iaitu sewa pejabat dan gaji pekerja akibat tindakannya,” ujarnya.

Tambah Zed lebih dikesalkan apabila persatuan tidak dapat mengeluarkan wang sumbangan kepada bekas presiden iaitu Allahyarham Mustapha Maarof yang meninggal dunia pada 15 Disember lalu.

“Kita buat aktiviti sebelum ini atas duit tajaan beberapa pihak cuma saya terkilan tidak dapat beri sumbangan kepada Allahyarham Datuk Mustapha yang banyak berjasa kepada persatuan.

“Kalau dia tidak mahu jawatan itu lebih baik letak sahaja jawatan beri pada yang benar-benar mahu bekerja,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s