(Gosip) Respect dengan cara Izzue!

Pelakon Izzue Islam meletakkan syarat tidak mahu bersentuhan dengan pelakon wanita dalam mana-mana drama lakonannya bagi menjaga status dia sebagai seorang suami.

Walaupun ramai gadis yang dah makan hati sebab Izzue memilih Awin Nurin sebagai isterinya, ahli kumpulan Fourteen ini tetap dengan pendiriannya untuk meletakkan beberapa syarat  itu. Malah, bukan untuk dirinya sahaja tetapi untuk menjaga maruah pelakon wanita yang digandingkan bersamanya sama ada dalam filem ataupun drama.

“Ya, saya ada meletakkan syarat agar tidak ada adegan bersentuhan antara saya dengan pelakon wanita dalam beberapa drama yang saya lakonkan kebelakangan ini.

“Saya rasa ia adalah untuk menjaga status saya sebagai lelaki sudah berkahwin dan untuk menjaga maruah pelakon wanita itu juga,” jelasnya. Tambah Izzue, banyak cara lain yang boleh dilakukan selain berpelukan atau bersentuhan bagi menghidupkan sesuatu babak romantik.

Izzue berkata demikian ketika diminta mengulas syaratnya tidak mahu bersentuhan dengan pelakon wanita dalam drama terbaharunya berjudul Suami Sebelah Rumah. Drama yang bakal ditayangkan di TV3 pada Mac depan itu turut dilakonkan oleh aktres Ayda Jebat.

            Itu cara saya. Tidak semestinya bersentuhan itu menghidupkan babak romantik

Wow! Ramai yang hormat dengan pendirian Izzue! Lagi-lagi peminat yang selama ini sentiasa menyokong hubungan mereka berdua. Baguslah kalau itu cara dia, MiG pun menyokong cara Izzue, betul jugak banyak cara boleh dilakukan untuk menghidupkan babak romantik bukan semestinya berpelukan tu romantik, ye tak? 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s