(Gosip) September Bercerai, Sekarang Mahu Rujuk Kembali?

“Hidup saya kosong tanpa dia dan ia mula memberikan kesan kepada anak-anak kami yang sedang membesar.”

                                      “Buang yang keruh, ambil yang jernih”

Petang-petang ni  MiG Online dapat berita terbaru, katanya  Syura dan suami, Mohd Fadhly Md Yassin sudah sah bercerai pada September lalu namun Mohd Fadhly berharap yang Syura akan menerima dirinya semula dan memulakan kehidupan baru suami isteri membesarkan tiga orang anak mereka.

Begitulah reaksi sebenar suami kepada Juara Master Chef Selebriti Musim ke 2 (Syura). Fadhly dikatakan tidak sanggup berpisah dengan isteri pada masa yang sama merasa sunyi tanpa kehadiran insan yang disayangi.

“Sejak dari awal saya tidak pernah terfikir untuk bercerai tetapi perkara sudah berlaku dan saya sudah pun merujuk dengannya secara lisan bulan lalu.

Tetapi nampaknya dia tetap dengan pendiriannya untuk berpisah dan saya masih berusaha untuk memenangi kembali hati dia.”

Terbaru, suaminya yang ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur mengakui mereka telah sah bercerai pada September lalu. Kehadirannya di mahkamah atas tujuan memfailkan permohonan lafaz rujuk yang dibuat secara lisan pada 10 November lalu.

Namun begitu, begitu kes berkenaan ditangguhkan selepas Syura, 28, gagal menghadirkan diri. Hakim Syarie Ab Malek Awang menetapkan 20 Januari sebagai sebutan semula kes berkenaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s