Rumpai Miang Tersebar!! Gatal Gila!!

Apa rumpai miang tu? Miang bukan sebarang miang tau,tapi ni betul punyaa miang. Sebenarnya, rumpai miang atau lebih dikenali sebagai rumpai miang Mexico sudah tersebar ke 6 daerah di Perak.

Penularan rumpai itu meliputi seluas 11 hektar melibatkan kawasan Lembah Kinta, Kuala Kangsar, Larut Matang dan Selama, Manjung, Perak Tengah serta Hulu Perak.

Nama saintifiknya ialah parthenium hysterophorus hangat diperkatakan penduduk tempatan kerana dikatakan menyebabkan seorang wanita warga emas mengalami penyakit kulit yang serius.

                             Alergi tangan yang dihidapi oleh penduduk tempatan.

Tumbuhan renek ini mempunyai bunga berwarna putih dan daunnya seakan-akan ulam raja itu mengundang pelbagai jenis penyakit kepada manusia.

             Bunga berwarna putih dan daunnya seakan-akan ulam raja

‘Rumpai Mexico’ mempunyai ketinggian antara 1.5 meter dan dua meter. Bunga dan daunnya agak cantik dan mudah menarik perhatian tapi jika manusia menyentuhnya macam-macam risiko penyakit boleh dihidapi.

Penyakit yang dihidapi oleh penduduk di sekitar

”Tumbuhan liar itu perlu dihapuskan segera kerana ia berbahaya kepada manusia. Saya nasihatkan orang ramai jangan sesekali menyentuhnya bagi mengelakkan mudarat.” Itu adalah peringatan Pengarah Pertanian Negeri Sembilan Mustapa Umar mengenai sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai Miang Mexico oleh penduduk tempatan di negeri ini.
 Sebelum ini, media melaporkan kejadian alahan pada kulit dan gejala gangguan sistem pernafasan dalam kalangan pekerja ladang kelapa sawit di Sidam, Kedah dipercayai berkaitan dengan rumpai miang Mexico.
 Walaubagaimanapun, MiG telah mengenal pasti bahawa tumbuhan berkenaan dikesan semakin aktif merebak di beberapa kawasan termasuk tepi jalan, kawasan perumahan, kawasan ternakan dan tanah persendirian.
Antara negeri yang dikesan ditumbuhi rumpai itu ialah Perak, Selangor, Kedah, Negeri Sembilan, Johor dan Melaka.
– Bernama, 16 Disember, 2014.

One thought on “Rumpai Miang Tersebar!! Gatal Gila!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s