Seniwati Neng Yatimah Kritikal!

Hari ni MiG Online mendapat berita tentang Seniwati era 1940-an dan 1950-an, Neng Yatimah, kini kritikal di Hospital Khoo Teck Phuat di Singapura.

Cucu beliau, Muhammad Rezainuddin Mustapha berkata bekas bintang filem Jalan Ampas itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu sejak malam tadi.

“Doktor memaklumkan berlaku komplikasi kesihatan dan kegagalan buah pinggang disebabkan faktor usia nenek,” katanya semasa dihubungi Bernama di sini, hari ini. 

Neng Yatimah yang kini sudah berusia  91 tahun.

Muhammad Rezainuddin, 38, yang juga anak kepada seniman Allahyarham Datuk Mustapha Maarof, berkata neneknya mengalami sesak nafas di Johor Baharu semasa dalam perjalanan pulang ke Singapura.

Neng Yatimah atau nama sebenarnya Buntat Ahmad sebelum itu berada di ibu negara ini untuk menghadiri pengebumian Allahyarham Mustapha, 79, yang meninggal dunia akibat penyakit paru-paru di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju di sini, Isnin lalu.

Antara filem lakonan Neng Yatimah ialah Seri Mersing, Batu Belah Batu Bertangkup, Lela Satria, Air Mata Duyung, Laila Majnun dan Ibu bersama Seniman Negara Tan Sri P. Ramlee. – BERNAMA

                   Mesti korang pernah tengok lakonan Neng Yatimah pada satu masa dulu kan

MiG Online hanya dapat berdoa untuk Seniwati  Neng Yatimah. Kita hanya mampu berserah kepadaNya. Diharapkan peminat-peminat juga sedia mendoakan yang terbaik untuk beliau.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s