Terengganu sudah tenggelam

Seperti yang kita semua tahu, Terengganu sudah semakin kritikal dengan keadaan banjir yang menyebabkan seluruh kawasan di sana ditenggelami air. Keadaan hujan lebat di beberapa kawasan di negeri ini menyebabkan semakin buruk, dengan jumlah mangsa terlibat dengan pemindahan mencecah 7,906 orang.

Berdasarkan aplikasi Info Banjir oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, daerah yang paling teruk terjejas ialah Hulu Terengganu yang melibatkan 2,685 orang berpindah, iaitu dari 829 keluarga yang mana kesemua mereka kini ditempatkan di 34 pusat pemindahan.

Sementara itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu melaporkan, kebanyakan stesen di hampir semua daerah terutama di daerah pendalaman Besut dan Hulu Terengganu mencatatkan kadar hujan sangat lebat iaitu melebihi 60 milimeter (mm), sehingga 245 mm sejak jam 12 tengah malam kelmarin.

Sungai lain yang turut melepasi paras bahaya adalah Sg Nerus di Kg Langkap: 22.85 m (bahaya: 21.50 m); Sg Telemong di Kuala Ping : 21.40 m (bahaya: 20.00 m); Sg Berang di Kg Menerong:25.59 m (bahaya: 24.50); Sg Dungun di Jambatan Jerangau: 13.04m (bahaya: 12.90 m) dan Sg Dungun di Kuala Jengai: 23.85 m (bahaya: 21.00 m)

Jabatan Meteorologi turut mengeluarkan amaran hujan lebat (peringkat jingga) di beberapa daerah iaitu di Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman dan dijangka akan berterusan sehingga esok.

                                   Kesian Myvi kuning,barang yang lepas jangan dikenang

Disebalik apa yang berlaku, pasti ada nikmah yang tersembunyi. Semoga semua mangsa banjir tabah dan redha atas segala ujian dariNya. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s