Bapa Yaya, Ismail Maembong, Mengharamkan Majlis Malam Berinai Anaknya

MiG Online dapat berita yang agak mengejutkan apabila bapa kepada pelakon Yaya Maembong, Ismail Embong, 66, hari ini telah mengecam dan mengharamkan majlis perkahwinan anak perempuannya itu dengan pelakon Wan Raja kerana menyisihkan dia sebagai seorang bapa melalui laporan mStar Online.

Majlis resepsi persandingan telah diadakan di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil dua hari kemudian. Yaya adalah kakak kepada pelakon Emma Maembong, Shikin Maembong dan Chacha Maembong.

Yaya atau nama sebenarnya Rabbiati Adawiyyah, 38, dan Wan Raja atau nama sebenarnya Saiful Redzuan Abu Bakar, 37, bernikah di Masjid Al-Redhuan Hulu Klang pada 12 Disember dengan sekali lafaz.

Ismail Maembong rasa terkilan dan kecewa dengan pasangan tersebut kerana terlalu membazir dengan perkahwinan mereka termasuk mengadakan upacara berinai yang tidak diizinkan untuk diadakan olehnya kerana bercanggah dengan ajaran agamanya sebagai seorang Islam.

Katanya melalui Facebook:

Kalau diminta izin, saya tetap haramkan majlis itu (malam berinai) kerana ini bercanggah degan agama saya anuti. Tambah pula, berbagai kritikan diterima, termasuk saya dihina tanpa sebab kerana kononnya ini ritual saya izinkan.

Tambah Ismail lagi, saya cukup kesal dengan tindakan Yaya yang meminta Popo, Chacha dan Amad yang kekurangan upaya (OKU) yang tinggal bersamanya untuk keluar dari rumah itu kerana dia(Yaya) berhasrat tinggal di kediaman berkenaan dengan Wan Raja selepas berumah tangga.

Berderai juga perasaan saya kerana Amad yang berkerusi roda terpaksa menaiki lif kerana kini mereka terpaksa tinggal di rumah flat.

Wan Raja tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan dan turut menafikan yang Yaya telah menghalau adik beradiknya keluar dari rumah tersebut bagi membolehkan mereka tinggal bersama, malah keputusan untuk berpindah ke rumah lain adalah keputusan yang dibuat oleh adik-beradik berkenaan sendiri.

Yaya menangis membaca status FB bapanya kerana dia tidak pernah menghalau adik-adiknya malah kami tidak kisah tinggal bersama. Tetapi mereka bertiga yang tetap mahu keluar tinggal di rumah baru itu.

Walaubagaimanapun, MiG Online mengharapkan pertelingkahan antara bapa dan anak ini akan berakhir dengan baik memandangkan perkahwinan dan majlis telah selesai diadakan. Kami semua mendoakan semoga hubungan kekeluargaan mereka pulih seperti sedia kala.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s