(Gosip) Amyra Rosli Dah Mula Tunjuk Taring?

Pelakon baru meningkat naik Amyra Rosli atau lebih dikenali sebagai ‘Eriqa Sofia’ dalam drama bersiri Suamiku Encik Sotong dah mula ‘demand’? Ini mungkin kerana ianya berpunca daripada dia menolak beberapa tawaran berlakon sebelum ini.

Sebelum ini Amyra telah dikatakan membatalkan pernikahannya dengan pelakon, Dazrin Kamaruddin, yang dikatakan tiada jodoh antara mereka.

Bila ditanya tentang Dazrin, jika ada produksi yang ingin menggandingkannya dengan bekas tunangnya, dalam sesebuah projek bagaimana reaksi beliau dengan Dazrin? Amyra menjawab, dia profesional sekiranya ia melibatkan kerjaya dan apa yang berlaku diantaranya dengan Dazrin adalah masalah peribadi.

“Jika ada tawaran saya akan lihat skrip terlebih dahulu dan jika bersesuaian saya tidak lihat mengapa perlu tolak,” jelasnya.

Amyra atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati Rosli, 23, berkata, dia terpaksa menolak beberapa tawaran bukan disebabkan tidak berpuas hati dengan soal bayaran sebaliknya faktor masa menjadi penyebab dia berbuat demikian.

“Siapa yang pernah bekerja dengan saya tahu saya tidak bersikap ‘demand’ dan saya tolak kerana faktor jadual yang padat dengan projek lain.

“Saya boleh terima tetapi saya sedar ia akan menimbulkan masalah lain kerana tidak dapat memberikan komitmen,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Amyra berkata, sepanjang dua tahun melibatkan diri sebagai pelakon dia tidak pernah meletakkan harga kerana menyedari masih baharu dalam bidang seni.

Malah dia dan ibu yang juga pengurusnya, Noor Zaridah Ahmad sentiasa bertoleransi berhubung soal bayaran dan setakat ini tidak pernah merungut dengan hasil diterima.

Ibu memerangkap pengurusnya, Noor Zaridah Ahmad, menguruskan segala hal berkaitan anaknya sejak mula menceburi bidang lakonan lagi

Dalam perkembangan lain, Amyra berkata, buat masa ini dia ingin memberikan tumpuan kepada kerjaya dan tidak terlalu memikirkan soal cinta.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s