(Gosip) Zizan dan Emma Buat Haluan masing-masing?

Kalau sebelum ni, dunia hiburan penuh dengan gosip artis bercerai lah, bercinta lah kan. Tapi hari ni MiG dengar satu gosip yang betul-betul tak disangka, Zizan Razak dan Emma Maembong dah putus cinta? Biar betul? Sebelum ni, kita semua tahu percintaan mereka (Emma&Zizan) terjalin selepas Zizan  putus dengan Juliana Evans.

Baru-baru ni dengar khabar, mereka dah buat persedian untuk nikah awal tahun depan. Tup-tup berita panas ni keluar yang mengatakan mereka dah buat haluan masing-masing. Mana satu yang betul ni?

MiG siasat punya siasat, Emma dah ada pengganti iaitu Kamal Adli? OMG, Serius ke? Dengarnya, Emma baru pulang dari Thailand dan Kamal sanggup meninggalkan set penggambaran semata-mata mahu ambil buah hatinya di lapangan terbang. Kalau setakat berkawan, takkan Kamal sanggup berkejar jemput Emma kan! Pelik sangat!

Perkara ini disedari menerusi tulisan wartawan Harian Metro  yang menggambarkan seperti hubungan Zizan dan Emma Maembong sudah putus. Menurut wartawan berkenaan, pasangan Zizan dan Emma sudah tidak bersama sejak sebulan yang lalu. Aik, pelik juga tu.

“Bila difikirkan semula, patutlah status Whatssap Emma sejak sebulan lalu mencurigakan. Seakan akan dia berada dalam  kecewa dan cuba bertenang,” tulis wartawan itu lagi.

MiG tak puas hati dan cuba mengintai di akaun sosial Instagram mereka, Emma Maembong dan Zizan Razak masing-masing masih berkongsi gambar berdua sehingga beberapa hari lalu sekaligus telah menafikan gosip tersebut. Semua pihak mengharapkan hubungan mereka berkekalan hingga ke jinjang pelamin.

Mereka berdua sempat  memuat naik gambar yang sama untuk menafikan gosip yang tak betul tu, wahh! So sweet!

Apa-apa pun, MiG mendoakan hubungan mereka. Sama-samalah kita tunggu apa kesudahan  percintaan diantara Zizan Razak dan Emma Maembong ni ye

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s