(Gosip)Berhubung Kes Bawa Lari Buku Cek, Vanidah Tampil Memberi Keterangan Sekaligus Menepis Tomahan Presiden Seniman!

Baru sahaja beberapa hari lepas MiG ada kongsi cerita tentang seorang artis selaku bendahari bawa lari buku cek, ingat tak? Hari ini Vanidah tampil memberi keterangan tentang kes tersebut.

Zed Zaidi telah pun membuat laporan polis mendakwa kecurian buku cek persatuan berkenaan yang ditanggungjawabkan kepada Vanidah. Malah Zed Zaidi juga telah mengkritik beberapa ahli jawatankuasa SENIMAN yang baru dengan melabel mereka hanya pandai bercakap tetapi tidak pandai melakukan kerja.

Dakwaan Zed Zaidi :

“Saya melaporkan kehilangan buku cek persatuan yang dibawa keluar daripada pejabat oleh bendahari iaitu Vanidah Imran sejak memegang jawatan tersebut September lalu. Dia membawa pulang dan langsung tidak memberi kerjasama kepada persatuan ketika diminta untuk mengeluarkan duit bagi menjalankan operasi serta membayar gaji pekerja.

Dia tidak tahu apa tugas dia sebagai bendahari dan meminta persatuan untuk keluarkan surat untuk dia tandatangan buku cek tersebut. Apa yang dia lakukan telah menjejaskan perjalanan persatuan ini. Malah persatuan terpaksa berhutang sebanyak RM22,000 bagi kos operasi iaitu sewa pejabat dan gaji pekerja akibat tindakannya.”

Vanidah Imran telah tampil memberi  penjelasan mengenai tindakan yang diambilnya :

“Apa yang saya lakukan ini sebagai melindungi diri saya dan persatuan. Saya tidak mahu kejadian lalu berulang kembali yang membabitkan soal kewangan. Sehingga hari ini saya tiada akses untuk melakukan pengeluaran wang.

Saya tidak boleh mengeluarkan cek sewenang-wenangnya. Sehingga saat ini juga saya belum boleh menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan sebagai bendahari persatuan. Nama saya belum termaktub sebagai penama untuk bank bertanggungjawab itu.

Mana mungkin saya boleh mengeluarkan wang sesuka hati pada situasi ini, ia ternyata akan membahayakan diri saya. Ini soal amanah dan tanggungjawab. Ia bukan perkara mainan.”

Zed Zaidi membidas kata-kata yang dikeluarkan oleh Vanidah kembali dengan memaklumkan yang Vanidah boleh letak jawatan sekiranya beranggapan dirinya tidak mampu memikul tanggungjawab tersebut.

“Hingga saat ini saya menunggu panggilan daripada dia (Vanidah). Dia tak hubungi saya pun, malah macam cuba lari-lari daripada apa yang berbangkit. Dia kata dia ada sebab musabab di atas tindakannya.

Kalau saya hubungi dia tak pernah berjawab. Dia akan suruh saya menghantar mesej saja. Hari ini kita akan ke bank dan bawa laporan polis sekali untuk membuat buku cek Seniman yang baru. Kita pun perlu bergerak dan tak boleh tunggu lagi kerana buku cek berkenaan ada padanya.

Sekiranya dia tidak mampu menggalas tanggung jawab yang diberi dan memegang amanah itu, saya bagi cadangan kepada dia untuk letak saja jawatan. Kita nak buat undi tak percaya pun supaya hilang integriti dia sebagai bendahari.

Tidak pernah timbul soal mahu melucutkan jawatannya. Dia boleh letak sendiri jawatan secara terhormat dan beri ruang kepada yang lebih layak untuk memikul tanggung jawab itu. Dia pun sibuk dengan kerjaya, jadi janganlah susahkan diri untuk orang lain kalau belum benar bersedia pikul tanggungjawab.”

Apa pun yang berlaku, diharapkan pihak Seniman dan Vanidah segera menyelesaikan perselisihan faham antara mereka, mungkin dengan cara bersemuka. Moga-moga keadaan tidak lagi bertambah rumit. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya kan?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s