Hamleys buat Datuk Rosyam Nor berang?

        Bapa mana yang tak marah kalau diberi                           peraturan sebegitu kan

MiG Online dengar cerita Datuk Rosyam Nor mengamuk di Twitter? Mana tak nya, Rosyam Nor mengamuk bukan suka-suka, tapi disebabkan satu perkara yang berkaitan anaknya.

Khamis lalu, Rosyam  meluahkan rasa tidak puas hati beliau melalui laman Twitter miliknya mengenai Hamleys yang didakwa meminta anak perempuannya yang baru lepas habis SPM membuka tudung sebagai syarat untuk bekerja di kedai permainan tersebut. Apa kes pulak ni?

Syarikat yang terletak di pusat beli belah One Utama itu mengakui bahawa isu tersebut tercetus apabila salah seorang pekerjanya telah mengambil tindakan sendiri iaitu luar dari polisi syarikat.

Sehubungan itu, Hamleys memberitahu tindakan disiplin telah pun diambil terhadap pekerja tersebut. Premis perniagaan tersebut juga telah meminta maaf secara terbuka kepada pengarah dan pelakon Rosyam Nor diatas perkara yang berlaku.

Keterangan dan permohonan maaf secara terbuka oleh pihak Hamleys 

Sekarang ni soal agama pun boleh dibuat main, memang sangat keterlaluan permintaan premis perniagaan tu. Sebagai seorang bapa, mestilah Rosyam sangat kecewa bila anaknya ditindas sedemikian.

Kecewa betul dia sampai melarang orang lain untuk pergi ke premis Hamleys yang bertapak di One Utama itu. Baru dia tahu langit tu tinggi ke rendah. Jangan lah tindas orang sesuka hati, kan dah malu sendiri.

Berikut adalah kenyataan penuh Hamleys Malaysia berhubung isu ini:

Salam Sejahtera Semua

Terima kasih kepada semua yang memberitahu pihak kami mengenai isu ini.

Kami tidak mempunyai sebarang polisi syarikat di mana pekerja wanita tidak dibenarkan memakai hijab/tudung. Kami memang mengalu-alukan semua yang ingin bekerja untuk datang membuat permohonan kerja, tidak kira bangsa atau agama.

Setelah disiasat, memang salah seorang pekerja kami yang baru dan tidak mempunyai kuasa untuk menemuduga atau mengambil pekerja, telah memberi maklumat yang tidak betul kepada anak Datuk Rosyam. Tindakan disiplin telah pun diambil terhadap pekerja ini.

Pihak pengurusan serta semua pekerja di kedai kami dengan ikhlas ingin memohon maaf di atas isu ini. Kami berasa sangat kesal dengan insiden ini dan juga dengan apa yang telah tercetus disebabkannya. Diharap Datuk Rosyam serta anak gadisnya dan juga kaum Muslimin & Muslimah yang telah terguris dengan kejadian ini sudi merima permohonan maaf kami ini.

Yang Ikhlas
Pihak Pengurusan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s