“Tidak Mahu Berbogel dan Bercium”, Juliana Evans

Pada awal penglibatan beliau dalam dunia hiburan Juliana Evans atau lebih mesra dengan panggilan Ju dikatakan mendapat tawaran dalam bidang lakonan di Hollywood? Woww! Kalau macam tu beruntung lah Ju sebab diberi peluang untuk berlakon disana selepas tamat pengajiannya selepas tiga tahun di Universiti Western Michigan, Amerika Syarikat. Bagai ‘durian runtuh’ buat Ju kerana dapat peluang sedemikian.

“Saya mahu mencabar diri. Saya sedar persaingannya cukup sengit tetapi saya mahu lihat sejauh mana diri saya boleh pergi ke Hollywood dengan bakat yang saya ada. Bukan mahu popular atau menjadi artis gred A di Hollywood kerana sedar perkara itu memakan masa yang lama”

“Sekurang-kurangnya saya berusaha untuk mencapai impian sebagai anak seni. Berjaya atau tidak, pengalaman itu akan saya gunakan pada masa hadapan bukan sahaja untuk diri saya tetapi dikongsi bersama penggiat seni tempatan,” ujarnya.

Selain itu juga, yang MiG respect dengan pendirian Juliana apabila, beliau turut mengenakan syarat yang ketat terhadap pihak pengurusan beliau disana untuk tidak melakukan adegan intim yang melibatkan seksual seperti bogel dan bercium.

“Syarat saya kepada agensi di sana ialah tidak akan berbogel, bercium dan melakukan sebarang adegan intim dalam mana-mana tawaran kerja. Alhamdulillah, mereka boleh menerima syarat saya dengan baik dan memahami prinsip saya”

Begitulah, serba sedikit tentang Juliana yang dah lama kita tak dengar cerita dari dia kan. MiG berharap Juliana Evans tetap dengan pendirian untuk berlakon di Holywood sana dan berpegang teguh dengan prinsipnya. Esok lusa kalau dah jadi artis Holywood jangan lupa balik ke Malaysia ya? Hehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s