Chacha Bukan Lagi Darah Daging Saya! – Ismail Embong

“SAYA TIDAK ADA ANAK BERNAMA AISHAH @ CHACA jika betul Chacha menikam saya dari belakang”.
Itu luahan rasa kecewa seorang  bapa kepada Chacha Maembong menerusi akaun Facebook miliknya. Perkara ini tercetus selepas terjadinya Ismail Embong tidak merestui Yaya Maembong mahu duduk bersama suami dirumah yang sebelum ini didiami oleh adik-beradik Maembong.
Terjadinya situasi ini apabila kenyataan yang keluar daripada Chacha yang dianggap membelakangkan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa. Jelas Chacha berkenaan isu berkenaan;
“Mereka tidak dihalau, tetapi bapa mana mahu izinkan anak gadisnya tinggal bersama abang ipar!!! 
Bapa sentiasa runsing soal keselamatan anak2. Sy kurang senang mereka duduk diCondo tinggi atas Highland Towers yg runtuh 1993. Semua boleh pergi lihat rumah2 kawasan itu, byk sudah ditinggalkan. 
Soalnya, apa salahnya beritahu ayah sebelum sesuatu tindakan diambil.”
 
Ismail yang juga merupakan pelukis profilik tersohor negara menganggap isu ini sengaja mahu mengaibkan namanya.
“Nampaknya saya yg bersalah dalam soal ini, tidak mendidik anak cara terbaik. Sekali lagi diulang, andai ada anak bersubahat dgn orang luar hendak aibkan ayah ini, MAKA ANAK ITU BUKAN ANAK SAYA. Selama ini pun tinggal seorang, hanya tunggu dijemputNya biarlah keseorangan,” katanya lagi. 
Berdasarkan apa yang terjadi, Ismail tetap dengan pendirian dan prinsip diri terutamanya dalam soal hukum agama;
“Pendekkan cerita berjuta kali saya pohon jangan diBESARKAN nikah hingga jadi riak. Udah jadi suami isteri, buatlah bersanding nanti cara yang dimahu suami. 
“Nasi sudah jadi bubur, diharap dapat pengajaran pada semua. ALASAN MASING-MASING SIBUK HINGGA TIDAK BOLEH JEMPUT ORANG PALING PENTING DALAM PERNIKAHAN TIDAK BOLEH DITERIMA SESIAPA YANG WARAS. Rasanya kalau terkena pada bapa/wali lain, mereka tidak akan pergi, maka batallah majlis itu.”
Itu adalah ungkapan seorang bapa kepada anaknya, Chacha. Diharapkan semoga konflik antara mereka berakhir dengan sebaiknya. Sebesar mana pun  pergaduhan yang terjadi, ‘Air Yang Dicincang Tidak Akan Putus’. Anak masih tetap anak, dan perlulah meminta maaf kepada orang yang pernah membesarkan kita.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s