(Gosip) Sungguh Comel Penutup 2014 Tahun Ini -Kamal

Berita yang sudah pasti korang dah dapat agak kan, ala yang pasal kes hari tu lah, yang kononnya aktres kita Kamal Adli dikaitkan dengan girlfriend orang iaitu Emma Maembong. Bukan main seronok peminat berteka-teki akhirnya Kamal Adli memberi komen tentang perkara tersebut.

Menurut Kamal Adli, gosip kali ini sangat kelakar dan cukup gempak buat dirinya.

“Ini merupakan gosip paling gempak kerana secara tiba-tiba nama saya naik. Saya tahu pun setelah diberitahu oleh pihak produksi berhubung kontroversi ini. Namun saya enggan terlalu memikirkan kerana menganggap ianya sebagai gosip comel untuk penutup tahun 2014.

Mungkin saya tengah single dan kebetulan saya menjalani penggambaran bersama mereka membuatkan nama saya dikaitkan. Di mata saya mereka kelihatan seperti tiada sebarang masalah dan saya tidak tahu menahu jika mereka berpisah atau sebagainya.

Banyak lagi kerja saya nak buat daripada mengambil Emma di lapangan terbang serta lari dari lokasi penggambaran. Malah Emma juga merupakan teman wanita orang. Jadi gosip ini bagi saya cukup kelakar”.

Biasalah, sebagai artis gosip ni mestilah lumrah dalam kehidupan, betul tak? Hehe, Kamal Adli confirm gelak guling-guling dekat rumah dengar khabar angin ni kan, semoga terus tabah menjadi seorang anak seni ye

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s