‘Jika Tiada Dibumi, Carilah di Langit”

Dengar saja tajuk, mesti korang tertanya-tanya filem apa ni kan? MiG ada nak cerita sedikit sinopsis tentang filem ‘Terbaik Dari Langit’, jom layan!

Nova yang menyinar di langit angkasa akhirnya pulang memijak rumput di bumi sebagai Terbaik Dari Langit.

Begitu jugalah yang dipaparkan pada babak awal Berg lakonan berkesan oleh Bront Palarae yang kembali dari halusinasinya dalam dunia sinema.

Ceritanya mengisahkan Berg (Bront Palarae) seorang pembikin filem yang berazam mahu merakam perjalanannya mencari UFO yang ditemuinya 15 tahun lalu sewaktu bersekolah asrama. Bersama sahabatnya, Ijam (Iedil Putra), Toyu (Amerul Affendi) dan Ali (Megat Sharizal) bersama pelakon baru Sofia Jane (Nadiya Nisaa’), mereka kembali menyusuri jalan-jalan kenangan mencari erti persahabatan yang utuh.

Memori lama terungkit kembali kerana ada dendam yang belum terpadam. Memori baru tercipta kerana ada rahsia yang belum dibongkar. Semuanya dijawab dalam pengembaraan tersebut.

                             Antara barisan pelakon Terbaik dari Langit

Terbaik Dari Langit merupakan satu cerita yang mendedah indah peri dan cacat cela dunia sinema tempatan. Pelbagai cerita disebalik tabir diadun disebalik cerita perjalanan lima sekawan.

Untuk penonton mencari hiburan, Berg mencari UFO. Untuk penonton mencari makna, dunia sinema tempatan mencari jati diri. Untuk pembaca filem, ia proses manusia mencari Tuhannya.

Tentunya, penampilan istimewa oleh karyawan seperti Allahyarham Aziz Satar, Mamat Khalid, Dain Said, Zahiril Adzim, Aidil Rusli, Nam Ron, Anne James, penerbit filem Tuan Faisal (Tapai) mahupun penulisnya, Redza Minhat terus memberi simbol dan makna tersendiri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s