Pecah Amanah, Wang Berjumlah Rm90,000 Lesap!

Apa cerita pula ni? Apabila berkaitan dengan wang semuanya bagaikan ‘gelap mata’. Biasalah, dalam dunia moden dan teknologi sekarang ni semua perlukan duit. Betul tak? Berlainan pula dengan cerita MiG nak ‘share’ ni.

Bekas kerani syarikat produksi hiburan milik penyanyi popular Datuk Sheila Majid dihadapkan ke Mahkamah Sesyen pada Rabu atas tuduhan melakukan pecah amanah wang berjumlah RM90,000 milik syarikat itu untuk kegunaannya sendiri, empat tahun lepas.

Nasimah Kamarudin, 37, dari Kota Damansara, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zanol Rashid Hussain.

Nasimah, yang diamanahkan dengan satu buku cek akaun Maybank milik syarikat Magada Entertainment Sdn Bhd, didakwa dengan curangnya telah menunaikan lima keping cek atas namanya dan telah mendepositkan lapan keping cek ke dalam akaun banknya, membabitkan wang keseluruhan berjumlah RM90,000.

Wanita itu yang ditangkap pada 28 April lepas didakwa melakukan kesalahan itu di syarikat berkenaan di Jalan Balau, Damansara Heights di sini antara 1 Nov 2007 dan 28 Mac 2008, mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

 Pengadu dalam kes ini adalah penyanyi Sheila Majid atau nama sebenarnya Shaheila Abdul Majid, yang juga pengarah urusan syarikat itu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Haderiah Siri tidak menawarkan sebarang jaminan, namun Nasimah yang tidak diwakili peguam memohon jaminan yang minimum dengan alasan perlu menyara anaknya masih bersekolah.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan 30 Jan depan ditetapkan untuk sebutan semula kes.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s