Pelawak Ilya Singkirkan Diri dari Kumpulan Sepahtu

Pelawak veteran yang menyertai MLM 2014 baru-baru ini,Ilya Buang, dikatakan tidak dapat meneruskan perjalanan bersama Sepahtu di arena Maharaja Lawak Mega pada tahun ini.

“Saya menarik diri daripada kumpulan Sepahtu kerana memikirkan itu adalah jalan terbaik buat mereka meneruskan perjuangan di MLM 2014.

“Selama beberapa minggu ini saya tidak menyumbang idea dan keadaan kesihatan saya kadang kala menyusahkan mereka untuk sesi latihan,” ujarnya kepada mStar Online, di sini, Selasa. 

Ilya menjelaskan lagi, kadang kala kesihatannya yang turun naik sejak akhir-akhir ini membantutkan segala idea yang ada. Itu yang membuat kan Ilya merasa dirinya harus berundur dalam MLM2014 pada kali ini.

“Saya faham Jep tertekan mencari idea setiap minggu dan saya pula kadang kala dapat sertai mereka, kadangkala tak dapat. Adakalanya dia seperti murung sahaja tetapi tidak mahu berkongsi perkara itu.

“Sebagai orang agak berusia saya nampak kerisauan dia, dia tidak meminta saya keluar daripada kumpulan itu tetapi saya faham-faham sendiri yang mana saya telah memberi tekanan pada mereka,” katanya.

Sementara itu, bercerita tentang kesihatannya, Ilya berkata, dia baharu sahaja menjalani pembedahan kecil di bahagian punggung akibat bisol di Pusat Perubatan Pantai di Ipoh Perak.
Katanya, penyakit kencing manis yang dihidapinya itu menyebabkan dia tidak boleh mengambil gula secara berlebihan sehingga mengakibatkan dirinya lemah dan tidak bertenaga.

“Kesihatan saya tidak begitu baik kerana penyakit kencing manis dan baru menjalani pembedahan bisol pada 18 Disember lalu, jadi saya tidak boleh mengambil pemakanan yang ada gula sehingga membuatkan badan saya lemah.

“Itu juga membuatkan fokus saya terganggu dan lupa apa yang sepatunya saya lakukan di atas pentas,” katanya.

MiG mendoakan kesihatan Abang Ilya pulih seperti sebelum ini ye. Rehat banyak-banyak dan semoga cepat sembuh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s