(Gosip) “Lantak Dia, Dia Bukan Tuhan”

Seperti yang diketahui umum, Sara Ali dan Fazura mempunyai konflik yang serius antara mereka sehingga tercetusnya krisis yang berpanjangan. Sebelum ini, dikatakan hubungan mereka memang sudah agak renggang, tetapi tidak disangka akan berlarutan sehingga ke hari ini.

Sara Ali yang bercakap kepada mStar Online hari ini enggan mendedahkan apa puncanya mereka berdua kini sudah tidak serapat dahulu dan enggan mengulas lanjut malah meminta supaya semua persoalan diajukan sendiri kepada Fazura.

Bagaimanapun Sara Ali ada jawapan mengenai permasalahan itu, tetapi maksudnya kurang jelas. Ada pengikut Sara Ali di laman Instagram yang memberi komen mengenai kenyataan Fazura di dalam program realitinya itu.

Lantas Sara menjawab dalam kapsyennya berbunyi begini ‘Lantak dia. Dia Bukan Tuhan. Apa yang kita nak takut…’.

Adatlah tu, dalam persahabatan, korang pun mesti pernah dalam situasi beginikan. Sikit salah faham pun boleh jadi 1001 konflik, biasalah bila tengah bergaduh semuanya nampak buruk, betul tak?

Kadang-kadang kawan baik pun boleh jadi musuh dalam sekelip mata. Yang musuh tiba-tiba boleh jadi orang paling rapat dengan kita. Apapun, MiG Online akan mendoakan yang terbaik untuk korang berdua berbaik semula.

Sumber-Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s