(Tahniah) Leez Rosli dan Aepul Drama Band Nikah Esok!

PELAKON dan bekas peserta Akademi Fantasia musim keempat, Leez Rosli, mengumumkan bakal mengakhiri zaman bujangnya pada Sabtu ini, 27 Disember.

Leez atau nama sebenarnya Rosliza Rosli yang ditemui selepas selesai tayangan filem terbarunya Cerita Hantu Malaysia berkata, majlis pernikahannya bersama Aepul Drama Band akan diadakan di Masjid Salahuddin Al-Ayubbi Taman Melati, Kuala Lumpur.

Leez dan Aepul sudah tiga tahun bercinta. Mereka bertunang pada 11 Disember tahun lalu dan majlis pernikahan mereka dirancang diadakan jam 9 malam (selepas waktu Isyak) di Masjid Taman Melati, diikuti majlis keraian di hadapan masjid berkenaan iaitu di Villa Ali.

“Saya tahu berita ini agak mengejutkan, tapi itu bukan bermaksud saya tidak mahu menjemput media. Cuma saya segan menguar-uarkan majlis pernikahan saya kerana siapalah saya ini. Takut nanti media tak sudi pula untuk datang.

“Bagaimanapun jemputan tersebut tetap dibuat dan pihak Aepul yang akan menguruskan hal jemputan itu nanti.

“Berkenaan tarikh pernikahan pula, kalau ikutkan, sudah beberapa kali tertangguh kerana jadual kami yang tidak mengizinkan. Jadi ibu Aepul minta kami bernikah dahulu dan resepsi akan diadakan Februari,” ujarnya.

Leez akan menyerahkan 11 dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan manakala mas kahwin diberikan sebanyak RM80.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s