SAH! RIEZMAN KHUZAIMI & KARTINA AYOOB BERCERAI TALAK SATU

Penceraian yang pertama dalam tahun baru 2015 untuk artis tempatan yang sebelum ini agak juga ramai artis yang bercerai pada tahun 2014. Rumah tangga pelakon Riezman Khuzaimi dan isteri, Kartina Ayoob akhirnya menemui titik noktah apabila mereka disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Ampang, hari ini.  
Dalam keadaan sebak, Riezman telah melafazkan talak di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkannya.
 Untuk rekod, Riezman dan Kartina telah mendirikan rumah tangga pada Oktober 2001 selepas lima tahun bercinta. Riezman memberitahu mahkamah, keputusan itu dibuat kerana sudah tiada lagi persefahaman antara mereka. Mungkin ini adalah jalan yang terbaik bagi mereka.
 Dalam pada itu, pasangan ini dilihat bersalaman dan bermaafan buat kali terakhir sebagai pasangan suami isteri sebelum melafazkan cerai.
MiG Online mengharapkan yang terbaik untuk mereka diluar sana dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain, walaupun mereka bukan lagi suami isteri.
Sumber : Media Hiburan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s