(Gosip) Adib dan Izara Sudah Bersedia Untuk Berkahwin?

Umum mengetahui tentang kisah Adib dan Izara Aisyah sedang dilamun cinta. Baru-baru ini, Izara juga telah hadir ke majlis hari lahir Dato’ Siti Nurhaliza sekaligus telah berkenalan dengan keluarga Adib. Wah, kalau dah bertemu keluarga mungkin ada sesuatu yang mereka bincangkan, betul tak? Mesti peminat semua dah tak sabar menanti bila agaknya mereka ni akan berkahwin?

Apabila ditanya kepada pasangan sejoli ni, Adib Khalid  menjelaskan dia dan Izara masih lagi tidak mahu menyentuh soal perkahwinan buat masa ini. Masing-masing ingin fokus kepada kerjaya, dan selepas itu mungkin sebaliknya.

Adib atau nama sebenarnya Muhammad Adib Khalid, 25, berkata, masih terlalu awal untuk mereka berbincang mengenai hal berkenaan memandangkan hubungan cinta itu masih lagi dalam peringkat awal.

“Tidak… kami berdua tidak pernah bercakap atau menyentuh soal perkahwinan atau perancangan ke arah tersebut kerana masih terlalu awal untuk berbuat demikian.

“Tambahan pula kami masih dalam peringkat mengenali hati budi masing-masing selain tidak mahu terburu-buru dan tumpuan kami buat masa ini adalah kepada kerjaya masing-masing,” katanya

Adib Khalid juga cuba untuk tidak terlalu menonjolkan hubungan itu di khalayak.

“Saya cuba untuk tidak terlalu mendedahkan mengenai hubungan kami kerana inginkan privasi. Menyedari status Izara seorang selebriti saya perlu bersikap terbuka namun pada masa sama tidak terlalu banyak bercerita mengenai hubungan kami.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s