Hubungan Cinta Zizan dan Emma Kembali Terjalin

Pelakon, penyanyi dan pelawak terkenal, Zizan atau nama sebenarnya Razizan Abdul Razak, 31, telah memberi kenyataan bahawa hubungannya bersama Emma yang sebelum ini dikatakan retak akhirnya telah pulih seperti sedia kala.

“Saya tidak mahu kongsi tentang perkara itu kerana bagi saya ia sudah selesai, kami sudah kembali bersama dan ia tidak perlu diperbesarkan lagi.

“Saya hanya harap yang terbaik dan minta semua peminat mendoakan kami. Sekarang masa saya untuk beri perhatian kepada kerjaya,” ujarnya.

Menurut laporan mStar Online juga, Zizan Razak menafikan yang isu saman oleh bekas pengurus beliau bersama tuntutan RM500,000 mempengaruhi percintaannya.

“Kadang kala tertekan juga tetapi saya tidak boleh tunjukan perasaan itu kepada orang ramai yang mahu melihat saya gembira. Saya tak boleh campurkan urusan peribadi dengan kerjaya,” tambah Zizan Razak lagi tentang kontroversi peribadinya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s