(Tahniah) Isteri Black Selamat Melahirkan “Baby Boy”

Tahniah diucapkan buat penyanyi Black dan isterinya, Cira yang baru sahaja menimang cahaya mata pertama yang dilahirkan pada jam 7.48 petang semalam. Bayi lelaki yang dilahirkan secara normal dengan berat 2.09KG ini dilahirkan sebulan lebih awal daripada tarikh yang dijangkakan.
 
“Alhamdulillah isteri saya sihat. Begitu juga dengan anak saya. Walau bagaimanapun kini anak saya masih ditempatkan di wad NICU yang dikhaskan untuk kanak-kanak baru lahir. Wad tersebut bukanlah untuk kanak-kanak yang kritikal. Anak saya perlu ditempatkan di situ kerana dia lahir tidak cukup bulan dan perlu mendapatkan sedikit lagi antibiotik tambahan untuk mengelakkan dia terkena apa-apa jangkitan. Tetapi kini alhamdulillah kerana dia sudah boleh minum susu dan jika tidak ada apa-apa dalam sehari dua lagi anak dan isteri saya sudah dibenarkan keluar,” ujar Black.
Ditanya kenapa berita gembira tersebut disembunyikan, ini jawab Black,“Semalam saya tidak mahu ianya diketahui sesiapa kecuali keluarga dan rakan-rakan terdekat kerana keadaan bayi saya yang lahir tidak cukup bulan. Hari ini Alhamdulillah semuanya bertambah baik dan kini saya sudah sedia berkongsi berita gembira ini dengan umum. Walau bagaimanapun, foto bayi kami masih belum boleh dikeluarkan kerana dia masih berada dalam rawatan khas. InsyaAllah tidak lama lagi saya akan kongsikan wajahnya,” ujar Black yang mengakui anak sulungnya ini berkulit cerah seperti ibunya.
MiG Online mengucapkan tahniah kepada Black Hanifah dan keluarga diatas kelahiran putera kesayangannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s