Perjalanan Terakhir, 7 Rentung

Berdebar jantung MiG Online bila dapat info tentang satu kemalangan maut yang melibatkan sebuah bas persiaran rentung. Kejadian berlaku di Kilometer 326.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan berhampiran susur keluar Tapah pagi tadi.

Dari berita yang MiG Online selidik, tujuh orang penumpang bas ekspress rentung dan 22 penumpang lain pula cedera, yang menjadikan keseluruhan yang berada dalam bas itu ialah 30 orang penumpang. Kejadian tu pula terjadi kira-kira dalam pukul 1.15 pagi. Bas tersebut katanya dalam perjalanan dari Kuala Kurau, Parit Buntar nak menuju ke Genting Highlands.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Somsak Din Keliaw memberitahu, siasatan awal yang beliau dapati tentang kejadian tersebut berlaku apabila bas berkenaan melanggar satu tayar lori yang berada di tengah-tengah laluan sebelum terbabas ke kiri laluan sebelum merempuh sebuah kereta jenis Charade yang berhenti di bahu jalan dan terbakar.

Tambahnya lagi, pemandu kereta jenis Charade itu dipercayai memberhentikan keretanya untuk mengalihkan tayar berkenaan, namun tidak sempat melakukannya.

“Operasi menyelamat mangsa dilakukan pasukan bomba dan setakat ini menemui tujuh mangsa yang rentung, namun jumlah sebenar mangsa yang maut belum dapat dipastikan.

“Setakat ini tujuh didapati maut dan 15 cedera dihantar ke hospital untuk rawatan manakala tujuh lagi cedera ringan.

“Kita masih menyiasat dan mengesan sama ada benar terdapat satu lagi mangsa,” katanya.

Marilah kita semua sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa dan keluarganya. MiG Online juga sangat bersimpati dengan kejadian yang terjadi. Diharapkan kelurga mereka tabah dalam menghadapi dugaan tahun baru ni.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s