Zamarul dan Diana Rafar ‘Ibarat Retak Menanti Belah’

Lepas satu, satu berita yang menggemparkan kita pada awal tahun baru 2015 ini. Sekali lagi dunia hiburan tanahair dikejutkan dengan isu penceraian artis tempatan kita.

Hari ini, MiG Online mendengar cerita tentang Zamarul Hisyam dan pasanganya, Diana Rafar  sudah memfailkan penceraian meraka pada hari ini. Rumah tangga  yang dibina sejak 16 Mei 2009 dikatakan berantakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Apabila ditanya tentang perkara ini kepada Diana sebentar tadi dan Diana mengesahkan perkara tersebut,

“Ya, saya sudah memfailkan perceraian sekitar jam 1 tengah hari tadi. Bagaimanapun saya tidak mahu mengulas lanjut punca perpisahan kami lagi buat masa ini. Saya reda dengan apa yang terjadi,”ujarnya.

Nampaknya perhubungan rumah tangga pasangan ini sudah menemui titik noktah. Mereka dikurniakan anak lelaki bernama Kashfi Haikal berusia lima tahun, hubungan ini seperti tidak mampu dipertahankan lagi.

“Di sebalik dugaan hidup yang saya lalui termasuk kisah rumah tangga yang sering menjadi buruan, saya sedar ini semua ujian Tuhan untuk saya jadi lebih kuat. Saya barangkali gembira dengan perniagaan dan kerjaya, tapi ada yang bagaikan tidak lengkap.

“Seperti kosong. Saya sendiri tertanya apa yang bermain di fikiran itu. Dan tanpa diduga saya tergerak hati untuk bertudung. Malah sebelum itu, saya jadi macam malas dan segan nak keluar rumah.

“Saya bermula dengan mengenakan selendang dan rasa yakin diri untuk keluar rumah. Keesokan harinya, saya tanggalkan kembali selendang itu jadi janggal. Kemudian saya nekad mengambil tudung. Saya sedar kebahagiaan yang ditarik itu diganti dengan cara sebegini,” katanya tenang.

Walau apa yang terjadi, MiG Online masih berharap mereka berdua akan bersama. Semoga keluarga ini tabah dalam menghadapi dugaan yang diberikan olehNya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s