Ayai Ragu-Ragu Untuk Tunaikan Ibadah Haji?

Mesti semua dah tau siapa pemenang di Pentas Akhir Gegar Vaganza yang berlangsung baru-baru ni kan? Kalau korang tengok mesti korang semua tahu yang Ayai Ilusi atau lebih mesra dengan panggilan Ayai baru saja menjuarai program realiti Gegar Vaganza dan mendapat wang bernilai Rm100,000 tu.

Katanya Ayai berasa ragu untuk menggunakan wang tersebut untuk menunaikan ibadah haji bersama isterinya.Dikhuatiri wang tersebut tidak boleh digunakan bagi tujuan berkenaan.

“Saya bertanya beberapa ustaz di program Pencetus Ummah dan Imam Muda Asyraf tentang perkara ini bagi meminta kepastian kepada mereka yang tingggi ilmu agama Islamnya terlebih dahulu.

“Mereka memberitahu tidak salah kerana ia adalah rezeki yang Allah beri dan dilakukan dengan hasil usaha sendiri serta tidak menyimpang.

“Lirik-lirik dalam lagu yang saya bawakan sepanjang pertandingan juga tidak mempunyai unsur lucah dan mengghairahkan,” ujarnya


Selepas menjadi juara ni, katanya rezeki yang diperolehi lebih banyak berbanding sebelum ini. Dengan jadual yang sentiasa padat dari Astro serta banyak menerima undangan nyanyian.

“Alhamdulillah kehidupan berubah sedikit selepas menang, pergi pasar pun orang ingin bergambar kalau dulu ketika bekerja di pejabat pun orang tidak tahu saya ini penyanyi.

“Undangan nyanyian pun sudah ada dan aktiviti dengan pihak Astro membuatkan saya terpaksa berulang alik dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur,” katanya.

Alhamdulliah, itulah dikatakan rezeki. Apa-apa pun jika hasrat Ayai mahu melakukan sesuatu untuk tujuan yang baik pasti akan diperkenankan olehNya. MiG Online mendoakan semoga hajat  yang diingini tercapai.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s