Caliph Buskers Terima Pujian Jutaan Penonton AJL29

Meremang bulu roma MiG Online  bila mendengar vokal dari penyanyi penuh misteri yang menyanyikan lagu Romancinta di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) semalam. Untuk pengetahuan korang semua, Caliph Buskers ni yang membuat jutaan penonton terpegun di AJL29 semalam. Kejutan yang dibawakan oleh Edry Kru membawa kumpulan Caliph Buskers ke pentas yang penuh gilang-gemilang adalah diluar jangkaan. Untuk makluman, Caliph Buskers merupakan orang kurang upaya cacat penglihatan.

Tetapi persembahan yang dibawakan oleh mereka malam tadi memang patut diberikan pujian dan mereka juga berjaya merangkul Persembahan Terbaik yang diputuskan melalui undian SMS. Malah ada yang menyatakan air mata mereka mengalir melihat persembahan Caliph Buskers semalam.

Caliph Buskers ditemui oleh Edry Kru ketika mereka sedang menyanyi di hadapan kompleks membeli-belah Sogo. Dari situ lah Edry menyunting kumpulan mereka untuk terus ke Pentas AJL29. Memang betullah kata orang setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Keluarnya Aweera daripada Mojo membuka pintu rezeki buat Caliph Buskers.

Nama penyanyi kumpulan Caliph Buskers ini ialah Azmi Saat. Walaupun pada mulanya kelihatan agak gementar, tetapi akhirnya kelantangan suara Azmi memukau jutaan penonton. Untuk persembahan kali pertama, ia adalah amat mantap sekali. Hari ini, Caliph Buskers telah muncul di radio Era untuk sesi temubual.

Tahniah diucapkann kepada Edry KRU untuk kemenangan mereka semalam dan kerana mengambil peluang untuk mempertengahkan bakat sebegini. Semoga diberi kemudahan pada masa akan datang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s