Rozita dan Zain Ada Sebab Bernazar?

Pagi-pagi Selasa ni, MiG Online dapat satu berita baik tentang seorang pelakon cantik Rozita Che Wan dan suami yang katanya bernazar?

Alhamdullillah, mereka bakal menunaikan ibadah umrah bermula 20 Februari depan bersama suaminya aktor, Zain Saidin kerana doa dimakbulkan Allah.
Pemergian mereka suami isteri ke Tanah Suci untuk menunaikan nazar selepas kelahiran anak mereka, Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia tiga bulan.

Selain itu juga, Rozita berkata, dia teruja untuk melakukan ibadah itu bersama Zain kerana itu kali pertama mereka ke Mekah sebagai suami-isteri. Jelas Rozita, mereka berdua akan menggunakan tempoh dua minggu berada di sana untuk melakukan ibadat dan berharap segalanya akan berjalan dengan lancar.

“Biarpun saya sudah beberapa kali ke sana untuk umrah tetapi ini berbeza kerana kali pertama ditemani suami.

“Anak-anak tidak akan turut serta dan Aaisyah akan dijaga oleh ibu mertua,” katanya.

Sementara itu, Rozita berkata, dia masih belum bersedia untuk kembali berlakon buat masa ini kerana enggan berjauhan dengan anaknya.
“Sebelum ini saya ada bernazar sekiranya hamil lagi saya akan mengerjakan Umrah bersama suami dan Alhamdulillah doa saya dimakbulkan.

“Insya-Allah kami akan berangkat ke Tanah Suci pada pertengahan Februari sehingga awal Mac depan,” ujarnya.

Jika itu perancangannya, moga dipercepatkan dan dipermudahkan segala urusan mereka untuk ke Tanah Suci.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s