Selamat Kembali Serina Redzuawan Ke Mig Talent

Selepas lama tidak aktif dalam bidang lakonan, petang ni MiG Online ada something nak share. Anak Chef Wan iaitu Serina Redzuawan telah kembali semula ke Metrowealth untuk kembali bergiat semula sebagai MiG Talent. Sebelum ni Serina juga pernah berlakon dibawah naungan Metrowealth. Antara filem yang pernah diterajui olehnya ialah Hingga Hujung Nyawa, Potret Mistik, 7 Perhentian dan lain-lain.

Antara sebab utama Serina kembali dalam bidang lakonan, adalah kerana rindu dalam bidang lakonan dan bekerjasama bersama Metrowealth yang pada sebelum ini beliau sudah menganggap Metrowealth seperti sebuah keluarga. Itulah serba sedikit ulasan yang diberikan oleh Serina Redzuawan tentang penglibatannya kini.

Jika sebelum ini korang tengok Serina tak berapa aktif berlakon, bukan kerana Serina tidak ada lagi dalam bidang seni tanahair, tapi Serina selalu menerima jemputan dan undangan untuk menjadi Emcee di majlis-majlis. Selain itu juga, beliau ada menjalankan  perniagaan Produk Kesihatan dan seterusnya dalam Agensi Pelancongan.

Selepas ni, jika ada yang nak tau perkembangan Serina Redzuawan boleh terus follow di laman sosial Instagram, Twitter @SerinaRedzuawan dan jangan lupa like sekali Facebooknya @Serina Redzuawan.

Apa-apa pun selamat pulang kembali ke keluarga Metrowealth. Semoga terus cemerlang dalam bidang lakonan selepas ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s