Tunggakan Lebih Rm30,000, Barang Yassin Dilelong

Petang-petang Selasa ni, MiG Online nak cerita sikit tentang seorang pelawak terkenal katanya barang-barang di rumahnya sudah dilelong akibat gagal membayar sewa rumah.

Ceritanya yang MiG Online selidik apabila Yassin dan keluarganya dikatakan enggan melunaskan sewa bulanan rumah yang diduduki di Damansara. Setahu MiG Online agak mahal sewa di kawasan tersebut. Akibatnya, selepas lima bulan bersabar, tuan rumah mengambil keputusan untuk mengunci rumah dan Yassin memang tidak sempat ambil apa-apa barang satu pun dalam rumah tersebut.

Si tuan rumah ni pula dia ingatkan si pelawak ini akan menghubunginya selepas itu untuk berbincang soal tunggakan yang bernilai lebih RM30,000, namun sangkaannya meleset. Selepas dua bulan, baru Yassin menghubunginya untuk bertanyakan mengenai barangan rumah yang ditinggalkan itu.

Bagaimanapun, sebab kelewatan Yassin tuan rumah telah mengambil keputusan melelong semua barang-barang yang ditinggalkan. Disebabkan tunggakan hutang Yassin sebelum ni, membuatkan tuan rumah terpaksa menjual rumahnya sebelum pihak bank menyita kediaman jenis kondominium itu. Tuan rumah pun sangka jika dia menyewakan rumah kepada selebriti akan diberi masalah sebegini.

Apa pun, hutang perlulah dibayar. Tak kiralah hutang sewa rumah ke, hutang pinjam kawan ke atau yang sewaktu dengannya. Kesianlah kat orang yang kita berhutang itu. Dia pun nak guna duit juga. Semoga ada jalan penyelesaian antara Yassin dan tuan rumah sewanya.

Sumber : Utusan Online

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: