10 Tahun Bersama Dadah?

Mula-mula MiG Online memang tak percaya dengan berita ni, tapi bila berita dah tersebar memang kena percaya tentang bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani telah ditahan di kediamannya di Keramat, dipercayai positif dadah jenis Morphine.

Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim, 43, telah ditahan bersama seorang wanita berusia 33 tahun yang turut positif dadah jenis Methaphitamine kira-kira pukul 12.30 pagi tadi (Rabu).

Penyanyi popular dengan lagu Gerimis Mengundang itu ditahan dibawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 & Seksyen 15(1)(a)Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dari berita yang MiG Online dengar, kediaman penyanyi tersebut telah diserbu Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Ampang Jaya sebelum ditahan.

Hasil pemeriksaan, satu paket plastik disyaki dadah jenis Heroin seberat 1.2 gram telah ditemui di dalam salah sebuah bilik dikediaman penyanyi itu.

Soal siasat awal mendapati suspek (Zamani) mengaku terlibat dalam aktiviti penagihan dadah jenis Syabu dan Heroin selama 10 tahun.

Moga-moga selepas ini Zamani akan berubah untuk menjadi yang lebih baik pada masa akan datang. Mungkin ini semua ada hikmahNya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s