Chef Wan Terlantar Di Hospital?

Siapa yang tak kenal dengan chef selebriti dan personaliti TV terkenal, Datuk Chef Wan yang katanya kini ditahan di Hospital Gleneagles Jalan Ampang akibat mengidap penyakit bronkitis iaitu radang pada salur bronkus dalam paru-paru menurut laporan mStar Online dan status terkini pelakon Serina Redzuawan.

Menerusi Instagram beliau hari ini, Serina Redzuawan ada kongsikan sekeping gambar Chef Wan yang kini terlantar di hospital selain mengharapkan peminat dan keluarga mendoakan kesejahteraan ayahnya itu yang kini masih dalam rawatan.

“Serina & cucu papa doakan papa cepat sihat balik, so sad tak boleh melawat papa. Doktor tidak benarkan sebab papa kena berehat tak boleh ada guest or family visit. To all my fans and family please doakan papa cepat sembuh dari bronchitis infection,” tulisnya.

Berlainan dengan Chef Wan pula menerusi laman sosial Instagramnya, ada memuatnaik sekeping gambar menunjukkan biliknya di hospital tersebut yang dikhabarkan bernilai RM3,800 satu malam. Menerusi gambar tersebut, lega rasanya bila tengok gambar chef wan nampak selesa.

MiG Online mendoakan kesihatan Chef Wan akan pulih seperti sedia kala dan dapat menjalani rutin harian seperti biasa tidak lama lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s