Ramai Peminat Bantah Video Zamani Diviralkan?

Hari ini berita tentang vokalis kumpulan Slam, Zamani heboh yang pasti membuatkan sebilangan besar peminat setia penyanyi ini berang.

Mana tak nya, apa yang lebih mengecewakan peminat Zamani bila ada anggota polis yang bertugas menahan penyanyi itu mengambil kesempatan mendesak Zamani menyanyikan lagu popularnya, Gerimis Mengundang dalam keadaan tangannya bergari.

Video itu mendapat bantahan orang ramai yang mahukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan terhadap anggota polis yang bertanggungjawab merakam dan menyebarkan video tersebut dengan tujuan menjadikan ia viral. 

Ekoran penyebaran video ini, satu bantahan menggunakan hashtag#BantahTindakanPolisKpdZamani mendapat sokongan ramai yang beranggapan ia satu tindakan melampau. Mereka menyarankan agar pegawai polis yang merakam dan menyebarkan rakaman itu dikenakan tindakan.

Zamani atau nama sebenarnya, Zamani Ibrahim, 43, ditahan bersama seorang wanita berusia 32 tahun yang turut positif dadah jenis Methaphitamine kira-kira jam 12.30 pagi, Rabu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s