Tam Spider Tak Boleh Masuk Ke AJL29 Yang Lalu?

Betul ke apa yang MiG Online dengar ni? Tam Spider atau lebih dikenali sebagai komposer lagu Di Pintu Syurga, mengaku tidak dibenarkan masuk ke sebuah majlis anugerah baru-baru ini.

Dari pemerhatian MiG Online, Tam sendiri mengakui di akaun Facebooknya (FB) ‘Tam Mustafah’ bila ditanya oleh seorang kenalan lain yang bertanyakan tentang kehadirannya ketika majlis anugerah tersebut berlangsung.

Menerusi ruangan komen di FB tersebut Tam menulis “ntah, pas ada tapi tak boleh masuk” sebagai jawapan kepada soalan salah seorang temannya.

Sebelum ini kelibat Tam tidak kelihatan pada majlis anugerah berprestij itu kerana disangkakan mempunyai hal yang tidak dapat dielakkan dan disebabkan itu dia tidak dapat hadir pada malam pertandingan tersebut.

Dari penjelasan Tam pada ruangan komen di FBnya itu jelas memperlihatkan kekesalannya kerana tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan.

Apatah lagi Lagu ciptaannya ‘Di Pintu Syurga’ dendangan penyanyi popular Dayang Nurfaizah dan lirik Iman Imran telah menduduki tempat ketiga dan memenangi kategori vokal terbaik pada malam tersebut.

Mungkin perkara ini tidak diketahui oleh pihak penganjur kerana Tam sendiri pun tidak ‘kecoh’ tentang perkara tersebut. Macam mana individu sepenting Tam boleh tercicir?

Bila difikirkan semula memang tidak wajar perkara sebegini boleh berlaku. Apatah lagi Tam merupakan individu yang sangat penting untuk majlis anugerah tersebut, malah sebagai seorang komposer yang lagunya dipertandingkan, tidak wajar dia dihalang untuk masuk ke dalam dewan.

Apapun, kita masih tidak mengetahui cerita yang sebenar. Mungkin ada sesuatu yang tidak dapat diketahui umum.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s