Datuk Siti Ada Kaitan Dengan Zamani?

Isu kes Zamani sekarang ni makin kecoh. Mesti korang semua dah tau kan, tindakan anggota polis yang suruh Zamani menyanyi sambil tangannya bergari dan kemudian menyebarkan video tersebut mendapat perhatian ramai rakan selebriti.

Kebanyakannya membantah dan menganggap perbuatan tersebut sebagai mengaibkan Zamani sekaligus menjatuhkan air muka penyanyi yang popular dengan lagu Gerimis Mengundang tersebut.

Apa yang dapat menarik perhatian MiG online ialah keprihatinan Dato’ Siti Nurhaliza terhadap perkara itu. Menerusi Instagramnya semalam, Siti berkongsi semula foto yang dimuat naik oleh kakak ipar merangkap pengurusnya sambil menulis caption “Hormatilah maruah insan lain”.

Mungkin ada diantara korang yang tak berapa faham atau kurang faham tentang industri hiburan tempatan dimana kedua-dua penyanyi ini pernah digosipkan bercinta pada masa kegemilangan dorang dulu.
Dan selepas ‘banyak’ tahun berlalu, Siti pun dah bergelar isteri kepada Datuk K. Jadi rasanya tak ada masalah untuk Siti turut sama prihatin dengan dengan kejadian menimpa seseorang yang pernah dikenalinya dulu. Betul tak?

Tetapi yang agak mengejutkan MiG Online ialah bila terlihat screenshot status Facebook pencipta dan penggubah lagu, Saari Amri tentang keadaan Zamani kini yang dikaitkan dengan penyanyi terkenal DatukSiti Nurhaliza dikongsikan di portal Astro Gempak.

                                           

MiG online tak dapat nak membuat sebarang kesimpulan hanya Saari je yang tau maksud status yang ditulis olehnya. Apa-apapun, Mig online berharap yang terbaik untuk Zamani kembali berubah untuk mencipta nama seperti dulu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s