Zizan Kecewa Dengan Bekas Pengurus?

Makin berpanjangan pula kisah Zizan dan bekas pengurusnya, Marina Juki. Pada 5 November lalu, Marina memfailkan saman terhadap Zizan menuntut ganti rugi khas bernilai lebih setengah juta ringgit berhubung perlanggaran kontrak.
Mig Online dengar Marina Juki yang memfailkan permohonan secara ex-parte untuk menghalang Zizan Razak daripada menandatangani sebarang kontrak baru atau endorsement dengan mana-mana produksi lain. Zizan menganggap tindakan tersebut sebagai menutup periuk nasinya.
“Tindakan dia benar-benar menutup peluang pendapatan dan periuk nasi saya. Ianya sangat di luar jangkaan dan tidak adil. Malah, saya tidak faham apa yang diinginkannya.
 
“Saya sangat kecewa kerana dia sanggup bertindak seperti ini untuk menghalang pendapatan melalui titik peluh saya sendiri,” ujar Zizan. 
 
Zizan menambah bahawa dia akan membuat rayuan mengenai perkara ini dan percaya keadilan akan berpihak kepadanya,
“Saya akan membuat rayuan dan saya percaya keadilan akan memihak kepada saya. Ini kerana saya sedar, saya tidak pun melakukan sesuatu perbuatan yang dianggap salah,” katanya.
Fuh, makin rumit perjalanan Zizan Razak dalam industri seni ni. Biasalah, ni semua dugaan. Apa sekali yang jadi pun, Zizan harus bangkit dalam menerima ujian sebegini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s