Jins Shamsudin Masih Sihat

Siapa yang tak kenal dengan pelakon veteran Tan Sri Jins Shamsuddin kan? Beliau merupakan seorang pelakon, penggiat seni, pengarah filem serta senator yang sangat dikenali.

Beliau telah dikurniakan dua orang anak lelaki hasil perkahwinannya dengan Puan Sri Halijah Abdullah bernama Putera Hang Jebat dan Putera Hang Nadim.

Tan Sri Jins Shamsudin mula melibatkan diri dalam industri dan telah melakonkan lebih 40 filem, sekaligus mengangkat namanya dalam insdustri filem Melayu hingga ke hari ini. Antara filem yang pernah dilakonkan oleh beliau ialah Pancha Delima, Sarjan Hassan, Si Tanggang dan lain-lain lagi. 

Tetapi hari ini , MiG Online dapat tahu tentang desas-desus yang mengatakan anak kelahiran Taiping, Perak ini dikatakan uzur.

Walaubagaimanapun, anak kepada seniman ada mengulas dan menafikan berita yang dah pun mula tersebar tu,

Menurut Jebat, ayahnya yang berusia 80 tahun itu adakalanya tidak menegenalinya kerana menghidap penyakit Alzheimer yang kini dijaga oleh ibunya, di Hulu Kelang.

Apa-apapun, pihak MiG Online sentiasa mendoakan kesihatan Tan Sri Jins Shamsudin dalam keadaan yang baik. Moga-moga peminat diluar sana turut sama mendoakan kesejahteraan beliau.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s