“Fathia Latiff – Aiman Hakim Putus Cinta?”

Walaupun hari ni cuti, MiG Online tetap gigih dapatkan berita untuk korang semua tau. Mungkin ini berita baik bagi para jejaka & gadis kat luar sana, khabarnya si cantik Fathia Latiff & jejaka kacak Aiman Hakim Redza telahpun membawa haluan masing-masing. Peminat yang selalu mengikuti perkembangan si cantik Fathia Latiff di laman sosial mesti tahu tentang kisah percintaannya dengan jejaka hensem Aiman Hakim Ridza yang dikhabarkan sudah putus di tengah jalan.

Seperti yang semua tahu, hubungan Fathia dan Aiman antara yang hangat diperkatakan sepanjang tahun 2014. Peminat juga mengharapkan hubungan mereka pada tahun 2015 ini berakhir hingga ke jinjang pelamin.

Tapi apakan daya, jodoh mereka tidak berpanjangan. Fathia akur dengan keputusan yang mereka buat walaupun lebih dua tahun mereka menyulam cinta bersama.

“Ya, kami sudah putus. Tiada tarikh rasmi kami berpisah dan tidak mengumumkannya. Hubungan itu berakhir dengan sendirinya dan saya terima jodoh kami bersama tidak panjang,” ujar Fathia mengesahkan berita hubungan asmaranya dengan Aiman sudah berakhir kepada Kosmo! baru-baru ini.

“Kami membawa haluan masing-masing dan saya akui masih sayangkan dia (Aiman). Bayangkan dia satu-satunya lelaki yang paling rapat dengan saya sepanjang tempoh dua tahun dan dialah satu-satunya individu yang memahami serta menerima saya seadanya. Kini, saya berbalik kepada soal jodoh dan saya tidak akan pernah memusuhinya,” jelasnya yang enggan mendedahkan punca perpisahan mereka.

Fathia kemudian menegaskan, fokus hidupnya kini hanya diberi kepada kerjaya.

“Saya tidak mahu menipu. Benar, saya berasa sedih dengan perpisahan ini, tetapi buat masa sekarang saya mahu berjalan secara solo. Saya mahu memberi fokus terhadap karier terlebih dahulu. Jika cinta datang menyapa semula pada kemudian hari, saya anggap itu jodoh yang telah tertulis dari Ilahi.”

Baguslah kalau macam tu. MiG Online harap mereka boleh berkawan seperti sebelum ni. Kalau ada jodoh tak kemana kan. Peminat juga doa-doakan lah yang terbaik untuk mereka ok?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s